KISAH 125ZR DARI MALAYSIA HABIS KENA BORONG

KISAH 125ZR DARI MALAYSIA HABIS KENA BORONG... Aku jarang la nak tulis2 panjang2 camni... Kalau korang rajin nak baca silakan. Kalau malas baca. Terus skoll ke bawah, kalau ada mengguris @ terusik hati dan perasaan korang nanti. Aku minta maaf awal2, ni cuma nukilan hati aku, luahan hati aku sendiri. Maaf semua...

Semalam datang 3 orang ke kedai aku kerja ni. Seorang indonesia, seorang Asian tapi tak pasti orang negara mana. Tapi yang 1 lagi kompom orang Vietman. Datang terus tanya dan beli semua 125ZR yang ada, 9 buah Movistar + 1 GP Edition. Habis di borong semuanya, 10 biji ni semuanya motor2 baru! Terkejut aku dengan partner kerja aku semalam....

KISAH 125ZR DARI MALAYSIA HABIS KENA BORONG

Aku sempat tanya yang seorang tu. Berbahasa indonesia... Dia cakap ada beli motor 125ZR kat seorang tu sebanyak 27 buah! Semua dah settle dibawa keluar. Nak kata dia sembang kembang tak kot sebab terang2 yang dia beli kat kedai aku ni dia minta hantarkan ke Klang nak masuk dalam kontena.


Hari ni terkebil2 aku dengan partner kerja aku bersihkan sawang2 kat motor2 tu. Sedih sangat kat hati ni. Kitorang nak beli tak mampu... Nak berhutang banyak dah tanggungan.... Nak kata mampu melihat pon dah tak boleh... Jauh dihati memang nak beli...

Apakan daya.. Tapi aku baru je lepas melangsungkan perkahwinan.. Duit pon baru nak kumpul2 balik... Tengok2 motor idaman aku dah abis dibeli orang lain.. Member kerja aku pon minat jugak... Tapi dia baru bekerja.. gaji starting baru berapa... Hurmmmm..

Ramai aku perhatikan dok leka main motor2 yang memang akan kekal dipasaran sampai akan datang. Motor2 4 lejang memang akan terus bertukar ganti bentuk dan cc... Tapi 2 lejang ni memang dah takda dah... Negara Malaysia lah negara terakhir mengeluarkan motor2 2 lejang...

Tapi biasa la... Typical Malaysian punye mat motor... Bende tima ada taknak beli time harga boleh dengar katanya dah tak zaman. Ramai yang ada di jualnya motor2 tu... Buat beli motor yang tengah2 hot ni... Sampai sanggup rugi2 semata2 nak ikot trend...

Bang2 semua... Jangan lupa yer jangan lupa kisah RXZ yer... Benda dah berlalu jangan sesekali kau kenang... Memang betul laa nanti jadi limited.... Semua dibawa ke luar negara... Berapa kerat je yang tinggal kat Malaysia... Bagi yang ada simpan2 125ZR tu... Korang aku salute...

Kredit : Azif Shah Man

Related Posts

Load comments

Comments