GGR Machine Tak Modify Untuk Lumba Haram

GGR Machine Tak Modify Untuk Lumba Haram seperti yang dinyatakan oleh Syarikat pembekal alat ganti dan aksesori motosikal terkenal itu untuk sebarang ubahsuai pada jentera Yamaha 125Z dan Ysuku untuk perlumbaan haram.

Muhammad Musaddiq (kanan) bersama Datuk Alif Shukri di konvoi  membantu golongan gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengurus GGR Machine, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi berkata, pengubahsuaian hanya untuk keselesaan pemilik motor itu yang menggunakan jentera dua roda terkenal itu untuk aktiviti harian dan rekreasi.

“Memang ada yang minat pasang, tukar aksesori tapi tindakan itu tidak harus dipandang negatif malah sebenarnya kerana minat yang sama, ia mampu menghimpunkan kumpulan motosikal  yang pelbagai dan banyak program kemasyarakatan boleh dijayakan bersama."

“Mungkin ramai beranggapan Ysuku hanya diubah suai untuk kecantikan atau kelajuan tapi kini persepsi itu harus diubah, biarpun ia menjadi trend golongan belia dan dikaitkan dengan mat rempit yang hanya segelintir sahaja terlibat, namun pihaknya mahu mengubah pandangan itu.

Malah katanya lagi, motosikal itu juga semakin mendapat tempat dan selebriti seperti Ajak Shiro termasuk jutawan, Datuk Aliff Shukri juga mahu menjadi salah seorang pemilik Y15ZR atau Ysuku kerana ia mempunyai nilai tersendiri.

“Saya dan Mohamad Alqamah Mohamed Azmi serta sahabat Wan Azizan Abdul Rahman berusaha membentuk kumpulan bikers yang mencintai program kemasyarakatan,” katanya.

Difahamkan GGR Machine merancang mengadakan program bersama masyarakat orang asli.

“Kita mahu membuka mata semua pihak bahawa golongan ini bukan mat rempit kerana mereka terlibat dalam program tanggungjawab sosial membantu orang yang memerlukan,” katanya.

Sebelum ini, Ysuku berada dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend golongan belia yang gemar mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sumber : Sinar

Related Posts

Load comments

Comments