Geng Ysuku Tumpas - Curi Yamaha Y15ZR, Jual Semula Harga RM2k

Geng Ysuku Tumpas - Curi Yamaha Y15ZR, Jual Semula Harga RM2k. KEPALA BATAS: Walaupun masih diletakkan di bawah pengawasan Akta Pencegahan Jenayah (POCA), seorang pemuda berusia 28 tahun masih tidak serik melakukan kegiatan jenayah lamanya apabila menjadi dalang utama kegiatan curi motosikal di daerah ini.

Bagaimanapun, kegiatan suspek bersama tiga lagi anggota `Geng Y15’ berusia antara 19 hingga 23 tahun itu berjaya dihidu polis yang kemudiannya melancarkannya dua operasi khas, Op Lejang dan Op Khas Aidilfitri, sususlan beberapa kes kehilangan motosikal sejak sebulan lalu.

Geng Ysuku Tumpas - Curi Yamaha Y15ZR, Jual Semula Harga RM2k

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata kesemua suspek berjaya ditahan kira-kira jam 1 petang semalam.

“Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi berasingan di kawasan Tasek Gelugor dan polis berjaya menemui semula beberapa motosikal curi yang dilarikan kumpulan berkenaan sebelum ini. Hasil soal siasat dijalankan, dalang utama kegiatan ini adalah pesalah POCA di Labu, Negeri Sembilan yang berjaya meloloskan diri ke daerah ini sebelum bersubahat dengan tiga suspek lain untuk melakukan kegiatan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini hari ini. Noorzainy berkata, kesemua suspek mengaku melakukan kegiatan itu, malah suspek utama turut memaklumkan terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes curi motosikal di daerag ini dan Sungai Petani, Kedah.

“Motosikal dicuri juga sudah dijual kepada pengedar dadah untuk membolehkannya mendapat bahan terlarang itu. Suspek dikatakan menjual motosikal itu dengan hanya sekitar RM2,000 iaitu tiga atau empat kali ganda jauh lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya.

Noorzainy berkata, jumlah nilai kerugian yang dialami semua mangsa dalam kes kecurian motosikal itu adalah kira-kira RM50,000.

Keempat-empat suspek terbabit kini direman selama tujuh hari hingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Sumber : BH

Related Posts

Load comments

Comments