5 Sebab Kenapa Harga RXZ "Keras"

5 SEBAB KENAPA HARGA RXZ "KERAS" Sebab biasa kita dengar menda dah rare tapi brader Amy Anim ada jawapanya tersendiri. Dan Amy menyatakan sendiri menerima sekurang-kurangnya 10 personal message sehari. Mereka berminat dengan barang-barang Yamaha RXZ & ada juga yang mencari Motorsikal RXZ (sebiji).

5 Sebab Kenapa Harga RXZ "Keras"

Tak sangka, motorsikal yang kami jangkakan akan pupus dalam tahun 2020 ini masih mendapat demand yang sangat tinggi. Kami memang nak sangat bantu mereka yang sangat berminat ni, kami juga terus berusaha sebaik mungkin dari pelbagai sudut.

Ada yang pm kata, dari bujang sampai anak 5 tak merasa pakai RXZ, kami bantu siapkan. Ada yang tunjuk duit tabung untuk membayar kos barangan restore, kami tolong dapatkan. Ada yang terpaksa menanti berminggu untuk kami dapatkan. Malah masih ramai lagi masih menanti untuk sesetengah part asli yang sukar ditemui.

Majoriti, ex-OWNER menyesal sangat jual MOTOR ini dahulu. Mereka juga macam kami, jual motor, jual helmet, kahwin & beli kereta. Kononnya nak cuci tangan. Tapi bila anak besar, kewangan dah stabil, kawan-kawan dah start main motor balik, barulah menyesal tak sudah. Sekarang harga dah tak sama. Berkali ganda

5 Sebab Kenapa Harga RXZ "Keras"

Harga sekeras batu cincin. Jika logik akal, tak mungkin harga kearas 5 digit. Tapi itulah berlaku. Keras-keras pun masih beratur orang nak beli. Itulah keistimewaan RXZ. Baiklah, Kami nak kongsi mengapa harga RXZ & harga BARANG RXZ keras?

1. Nilai Matawang


Sesetengah PART RXZ datang dari production JEPUN. Itulah tempat asal pengeluarnya. Matawang RM kita rendah. Matawang luar tinggi. Pengsan. Nak buat macam mana, kita layan jelah.

2. Permintaan Tinggi, Pengeluaran Dah Stop


Ini juga penyebab harga BARANG RXZ melambung. Kami ada juga beli dengan seller atau individu lain di sini, kami perlu penuhi permintaan pelanggan yang perlukan beberapa jenis barang sekali jalan. 


Duit ada kalau barang tak ada, apa boleh buat..Jadi, kena bagi ada juga. Itu kata2 majoriti RXZ lover. Barang lama kalau masih dalam simpanan penjual2, x semua senang nak dilepaskan. Kadang2 kami tawarkan harga tinggi demi untuk dapatkan & melepas semula kepada pemunya2 RXZ yang memerlukan.

Adakalanya, kami dapat tapi kos shipping untuk penghantaran kesini hingga ratusan ringgit. Harga shipping sentiasa berbeza. Belum caj kastam di sempadan lagi. Ini juga kami hadap.

5 Sebab Kenapa Harga RXZ "Keras"

3. Otai Dah Kembali


Tak dapat di nafikan, abang abang otai dah kembali aktif. Mereka nak ride motor tak nak motor2 moden. Kurang2 mesti cari RXZ punya. Betul tak otai?

Kalau anak muda bertanya kami. Apa beza RXZ dgn motor2 lain Bang? Best ke pakai RXZ ni?

Ini kami tak reti nak jawab. Tapi dengan yang pernah ride jentera RXZ tahu lah. Mana satu yang BEST, mana satu BIASA2. Susah nak explain dengan tulisan & kata kata, tapi mereka yang pakai RXZ mesti faham.

4. Proses


Kami berbicara dari pengalaman sendiri. Bagaimana "Syed Ammar Sparepart " mendapatkan barang SPAREPART RXZ ni. Memang tak senang tapi bukan tak boleh. Kami ada beberapa sumber:

•Dealer
•Supplier 
•Seller

Kadang-kadang kami bersengkang mata, jarang tidur lena. Modal jangan kira, banyak mana yang ada akan terus cuba. Hakikatnya tak semudah disangka, otak x lari jadi mesin kira. Kalau nasib baik ada lah rezeki untuk anak, kalau salah catur dapatlah penat saja.

5 Sebab Kenapa Harga RXZ "Keras"

5. Peminat Meningkat


Tak sangka, bukan otai je minat RXZ ini. Anak muda ada yang minat juga. Otai bukan lagi bersaing dengan otai tapi dengan anak muda. Jika nak tengok BARANG RXZ baru mendarat, selalu2 lah intai:

Mana tahu ada rezeki dapat melaram barang baik RXZ. Kadang2 ada juga kami PROMO harga, ada lebih rezeki kami kongsi. Kita punya usaha, TUHAN punya kuasa.

Ini serba sedikit perkongsian dari kami. Terima kasih tanpa batasan kepada follower, buyer & peminat tegar RXZ. Ingat YAMAHA RXZ bukan Motor biasa, tapi satu pelaburan yang BAGUS. Sekian...

Related Posts

Load comments

Comments