Perkhidmatan Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Beroperasi Selepas Diharamkan

Perkhidmatan Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Beroperasi Selepas Diharamkan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kini telah mula menyambung kembali perkhidmatannnya bermula 2 minggu yang lalu.

Pengasasnya Nabil Faisal Bamadhaj berkata, perkhidmatan berkenaan mula disambung semula 2 minggu lalu secara kecil-kecilan di sekitar Lembah Klang. “Harganya RM3 untuk jarak 3 kilometer (km) ke bawah,” katanya seperti yang dilaporkan kepada FMT baru-baru ini.

Perkhidmatan Teksi Motosikal Kembali Beroperasi Selepas Diharamkan

Perkhidmatan Dego Ride mula diperkenalkan pada 16 November tahun lalu dan pada waktu itu tambang yang dikenakan serendah RM2.50 untuk perjalanan sejauh 3km serta tambahan RM0.60 bagi setiap 1km berikutnya.

Pada 12 Februari 2018, Menteri Pengangkutan ketika itu iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali Dego Ride meneruskan perkhidmatan itu.

Mengulas lanjut, Nabil berkata, walaupun baru 2 minggu perkhidmatan Dego Ride beroperasi semula dan dijalankan secara kecil-kecilan, namun ia mendapat sambutan menggalakkan sehingga kini.

Nabil berkata, beliau memulakan semula perkhidmatan itu kerana masalah kesesakan lalu lintas di bandar dan kadar caj tempat meletak kereta yang mahal.

Beliau dalam masa yang sama berkata pihaknya hingga kini mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang penunggang motosikal yang menawarkan perkhidmatan Dego Ride di Lembah Klang.

Perkhidmatan Teksi Motosikal Dego Ride Kembali Beroperasi

Saya juga berjumpa dengan pihak kementerian (Pengangkutan) kerana tahu kerajaan di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong projek sebegini” katanya.

Pelanggan yang mahu menggunakan perkhidmatan Dego Ride di sekitar Lembah Klang kini boleh menempahnya dengan menggunakan aplikasi degoapp.com. Sumber Imej : 

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon