Petronas Yamaha Sepang Racing Rasmi Di Lancarkan Musim 2019

Petronas Yamaha Sepang Racing Rasmi Di Lancarkan sempena pusingan MotoGP di Litar Silverstone British. Pasukan satelit Yamaha terbaru ini akan berlumba di kejuaraan MotoGP musim 2019 dan kini SIC telah memiliki pasukan yang lengkap dari kategori Moto3, Moto2 dan terkini MotoGP.

Petronas Yamaha Sepang Racing Rasmi Di Lancarkan Musim 2019

Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata “Sukan permotoran ada salah satu sukan yang diminati oleh belia di Malaysia. Kami akan memberi sokongan penuh dan berharap pelumba Malaysia akan lebih ramai di masa hadapan” 

Petronas Yamaha Sepang Racing Rasmi Di Lancarkan Musim 2019

Petronas yang merupakan penaja utama bagi pasukan terbaru satelite Yamaha ini mengharapkan R&D secara besar-besaran dalam projek ini dari segi pemasaran dan perjanjian bersama penaja-penaja utama.

Secara ringkasnya barisan pelumba SIC 2019 adalah seperti berikut:

MotoGP –  Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo
Moto2 – Khairul Idham Pawi
Moto3 – John McPhee dan AyumuSasaki

Moto3 – Ayumu Sasaki kekal dan akan berpasangan McPhee selaku sepasukan. Tetapi pelumba Malaysia Adam Norrodin tidak lagi berada di Moto3, sebaliknya beliau akan ke CEV Moto2 pada musim hadapan. Mungkin SIC fokus untuk develope Adam sebelum ke saingan lebih sengit seperti Moto3.

Petronas Yamaha Sepang Racing Rasmi Di Lancarkan Musim 2019

Moto2 – Khairul Idham Pawi akan bersama Petronas Sprinta. Pasangan pasukan beliau masih belum di umumkan atau mungkin beliau akan berlumba sebagai solo dalam moto2.

Pelumba MotoGP Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan menggunakan jentera sama seperti yang Rossi dan Vinales gunakan untuk sesi latihan, tetapi Franco Morbidelli akan mendapat jentera spesifikasi A sama dengan jentera dari pengeluar (kilang).

Petronas Yamaha Sepang Racing Rasmi Di Lancarkan Musim 2019

Tetapi tidak akan sama dengan spesifikasi pengeluar, manakala Quartararo akan mendapat jentera spesifikasi B (berkemungkinan jentera 2018). Jentera mereka akan dapat dilihat pada sesi ujian pra-musim di Sepang pada bulan Januari 2019

Kenapa Fabio Quartararo dipilih? Kerana Yamaha inginkan pelumba Muda dalam projek ini. Dan sudah tentu prospek Asia seperti Superkips dan Sasaki juga dalam perhatian Petronas dan Yamaha untuk dibangunkan sebagai pelumba yang bakal memberi cabaran kepada pelumba dari benua Eropah.


Komuniti permotoran dunia tidak sabar lagi untuk melihat sejauh mana aksi kolobrasi Petronas, Yamaha, SIC dan Angel Nieto Team ini sebagai Petronas Yamaha Sepang Racing di MotoGP musim 2019.

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon