Garis Panduan Aktiviti Konvoi Kenderaan Akan Diperkenalkan – Kem Pengangkutan

Garis Panduan Aktiviti Konvoi Kenderaan Akan Diperkenalkan oleh Kementerian Pengangkutan tidak lama lagi seperti yang dilaporkan oleh Bernama. Dengan semangat menyambut pelbagai perayaan atau program yang diadakan, garis panduan itu dilihat perlu bagi memastikan keselamatan peserta konvoi ujar Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaafar.

Garis Panduan Aktiviti konvoi Kenderaan Akan Diperkenalkan – Kem Pengangkutan

"Sudah tentu kita akan usahakan garis panduan itu dan saya yakin, kementerian telah tentukan garis panduan ini namun kita akan usahakan agar ia lebih baik," katanya.  

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (Kandungan Digital) merangkap ketua konvoi, Datuk Sukari Ab Hamid. Sementara itu beliau turut menasihati peserta konvoi meningkatkan disiplin ketika berada dalam perjalanan terutama di lebuhraya.  

"Berkonvoi ini satu aktiviti berkumpulan yang baik dan menandakan komitmen masyarakat daripada pelbagai peringkat umur dan saya percaya, menjelang sambutan hari kebangsaan ini, akan lebih ramai masyarakat yang berkonvoi."

"Sudah tentu kita harap mereka lebih menerapkan ciri-ciri keselamatan dan disiplin dalam berkonvoi itu termasuk menghormati dan bekerjasama dengan pengguna jalan raya yang lain", katanya. 

Dalam pada itu, sebanyak 400 bendera diedarkan kepada orang ramai bagi menyemarakkan semangat patriotisme. Bagi peringkat Wilayah Persekutuan, KMJG bermula pada 18 Ogos dengan menjelajahi tujuh lokasi perhentian, bermula dari Setiawangsa dan berakhir di Putrajaya petang nanti.   

Secara keseluruhan, konvoi yang disertai 133 peserta dengan 56 kenderaan termasuk motosikal berkuasa tinggi ini menjelajahi 131 bandar dan pekan di Semenanjung Malaysia meliputi jarak 2,542 kilometer di 11 buah negeri, bermula di Pulau Pinang pada 4 Ogos lalu. 

Beliau berkata demikian kepada media di Program Pelepasan Konvoi Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2018 Jabatan Penerangan peringkat Wilayah Persekutuan di Terminal Bas Bersepadu (TBS) di sini, hari ini.  

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon