Facelift Baru Yamaha YZF-R25 2019 Didedahkan Majalah Young Machine?

Facelift Baru Yamaha YZF-R25 2019 Didedahkan Majalah Young Machine? Terbaru majalah permotoran Jepun, Young Machine memaparkan imej barisan siri model YZF mereka yang terdiri dariapda R1 dan R6. Dalam edisi terbaru itu juga, Young Machine juga meletakkan gambaran facelift baru YZF-R25 2019.

Facelift Baru Yamaha YZF-R25 2019 Didedahkan Majalah Young Machine?

Model ini tidak menerima pembaharuan besar sejak diperkenalkan pada 2014 dan kini akhirnya Yamaha akan memperbaharui gaya YZF-R25. Ini perlu bagi Yamaha merubah penampilan drastik R25 dengan lebih bergaya bagi meletakkan R25 sebaris dengan pesaing mereka dalam kelas Sportbike seperti Kawasaki Ninja 250R, Suzuki GSX-250R, KTM RC dan Honda CBR250RR generasi baru.

Young Machine memberi gambaran bahawa facelift Yamaha YZF-R25 2019 akan menjadi sebahagian dari model yang mempunyai DNA moden YZF siri R dari Yamaha. Rekabentuk keseluruhan model ini juga mirip dengan model R1 dan R6 terbaru.

Facelift Baru Yamaha YZF-R25 2019 Didedahkan Majalah Young Machine?

Baca Juga : Warna Baru Yamaha YZF-R25 2018

Yamaha YZF-R25 2019 bukan sahaja diubah dengan rekabentuk lebih agresif, malah beberapa komponen baru turut dipasang bagi menjadikan ianya adalah model siri R sebenar Yamaha. Antara rekaan dan komponen baru yang digunakan:

  • Lampu hadapan terpisah dengan fungsi LED
  • Suspensi hadapan jenis Upside Down (USD) dengan kemasan warna emas
  • Perubahan bahagian panel belakang dengan rekaan “ekor” lebih aerodinamik dan bergaya seperti ada lubang saluran udara.
  • Ram Air intake saluran udara di bahagian tengah antara lampu di fairing hadapan. Mungkin untuk aruhan udara yang lebih kuat untuk menjana tork lebih kuat ketika enjin beroperasi.
  • Bahagian kerangka nampaknya tak berubah secara signifikan dan kelihatan sisi fairing kurang liang udara berbanding model semasa.

Jadi bilakah model R25 2019 ini akan diperkenalkan di pasaran Asia atau lebih tepat di malaysia? Mungkin selepas dilancarkan secara rasmi di Indonesia? Jangan la korang duk kutuk Yamaha malaysia pulak sebab lambat bawak masuk R25 baru ni... kita kena ikut turn la bro...

Baca Juga : Yamaha Bakal Menaiktaraf YZF-R25 Untuk Tahun 2018

Facelift Baru Yamaha YZF-R25 2019 Didedahkan Majalah Young Machine?

Sudah pasti Yamaha YZF-R25 2019 akan diperkenalkan di pasaran Indonesia atau India terlebih dahulu. Dua negara ini adalah antara pasaran besar motorsikal dunia. Jadi tunggu sahaja giliran kita hingga pertengahan tahun 2019 depan.

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon