SYM VF3i Kapcai Berkuasa 183cc Paling Tinggi Di Dunia Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas Dari RM8,467

SYM VF3i Kapcai Berkuasa 183cc Paling Tinggi Di Dunia Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas Dari RM8,467 secara rasmi telah di lancarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd, iaitu pengedar rasmi motosikal jenama SYM di Malaysia hari ini. 

SYM VF3i Kapcai Berkuasa 183cc Paling Tinggi Di Dunia Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas Dari RM8,467

Ianya satu penghormatan bagi Malaysia sebagai negara pasaran pertama di dunia yang menerima model kapcai berkapasiti paling tinggi pernah di cipta.

SYM VF3i Kapcai Berkuasa 183cc Paling Tinggi Di Dunia Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas Dari RM8,467

Kejutan dari SYM hari ini memang tidak di duga, kerana pasaran Malaysia seolah berpuas hati dengan kapcai berkuasa 150cc seperti Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS 150i. SYM VF3i memberi cabaran lebih hebat buat pesaing jepun dengan menawarkan enjin enjin empat lejang satu silinder SOHC sejukan cecair berkapasiti 183 cc.

SYM VF3i Kapcai Berkuasa 183cc Paling Tinggi Di Dunia Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas Dari RM8,467

Spesifikasi SYM VF3i mengunakan enjin suntikan bahan api yang mampu menghasilkan kuasa kuda 17.7hp pada 8,500 rpm dan kuasa tork 15.3Nm pada 7,500 rpm dan turut menerima penarafan emisi Euro 3. Palam pencucuh masih satu tidak seperti RFS 150i yang mengunakan tiga unit palam pencucuh. Di katakan SYM VF3i mampu mencapai 155kmj kelajuan maksimum, bergantung juga pada aspek berat dan tinggi rider.

SYM VF3i Kapcai Berkuasa 183cc Paling Tinggi Di Dunia Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas Dari RM8,467

SYM VF3i turut di lengkapi fork teleskopik depan, brek cakera 250 mm dengan angkup dua piston serta tayar 90/80R17 di hadapan, dan monoshock belakang, brek cakera 200 mm dengan angkup dua piston di belakang, tayar 120/70R17 di belakang.

SYM VF3i Kapcai Berkuasa 183cc Paling Tinggi Di Dunia Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas Dari RM8,467

Berat keseluruhan SYM VF3i ini adalah 124 kg dengan tangki mampu memuatkan tujuh liter bahan api. Menurut SYM hasil ujian dengan isian penuh bahan api, SYM VF3i ini mampu membawa sejauh 171km dari Alma, Bukit Mertajam ke Kuala Perlis. Suatu angka yang cukup memuaskan bagi sebuah kapcai yang berenjin cc besar.

Spesifikasi SYM VF3i

Bahagian luaran SYM VF3i menggunakan unit lampu LED untuk siang (DRL), lampu penunjuk arah serta lampu belakang. Warna yang ditawarkan pula ada tiga, iaitu biru dan merah untuk model standard yang dijual pada harga RM8,467.28 dan warna hitam matte, dan model SYM VF3i SE pula pada harga RM8,785.28 (termasuk GST, tanpa insurans).

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon