Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788! Belum habis arena automotif dua roda tempatan dikejutkan dengan moped berenjin paling besar SYM VF3i dilancarkan beberapa hari lepas, Modenas pula memberi kejutan..

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Ura-ura mengenai Modenas Dominar 400 akan dikeluarkan di Malaysia sudah beberapa bulan kedengaran, itu tidak pelik tetapi yang mengejutkan hari ini, Modenas Dominar 400 yang merupakan motorsikal berkuasa cc paling tinggi dikeluarkan Modenas tahun didatangkan pada harga yang jauh lebih murah dari jangkaan RM18,000 sebelum ini.

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Ya Modenas Dominar 400 dilancarkan pada harga RM13,788! tapi itu harga sebelum GST, kami jangkakan harga pasti akan meningkat akan datang, terlalu murah bagi sebuah sportbike berkuasa 400cc! lebih murah dari saingan KTM Duke 390 dan RC 390, ini memang mengejutkan... apa yang sedang difikirkan oleh Modenas dan Bajaj? Ya mereka serius untuk menakluk pasaran Asean, mungkin?

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Tetapi... harga itu permulaan untuk menarik perhatian, faktor kedua yang bakal membuatkan Modenas Dominar 400 ini akan berjaya dipasaran Malaysia atau Asean adalah kualiti dan ketahanan. Rider Malaysia cukup sensitif bab ini... 

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Melihat pada spesifikasi Modenas Dominar 400 memang hebat, dikuasakan enjin silinder tunggal 373cc yang menghasilkan kuasa kuda 35PS pada 8,000 rpm manakala kuasa tork 35Nm pada 6,500 rpm. Enjin ini lengkap teknologi Digital Triple Spark Ignition (DTSi), empat injap, sejukan cecair serta suntikan bahan api. Sistem transmisi menggunakan kotak gear enam-kelajuan dengan slipper clutch.

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Dari sudut prestasi, Modenas Dominar 400 mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.23 saat. Dan kelajuan maksimum mampu dicapai ialah 148 km/j. Kemampuan membreknya pula, dari kelajuan 100 km/j hingga berhenti, ialah dalam jarak 46.19 meter.

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Sistem suspensi mengunakan fork teleskopik 43mm bahagian depan, suspensi belakang menggunakan monoshock dengan pelbagai tahap larasan. Saiz tayar 110/70-17 untuk hadapan, dan 150/60-17 untuk bahagian belakang. Selain itu, brek cakera untuk bahagian depan (320 mm) dan belakang memberi daya henti yang cekap. Sistem ABS dua saluran dan kapasiti tangki minyaknya ialah 13 liter.

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Ciri-ciri lain yang melengkapi model ini antaranya ialah lampu utama LED penuh dengan fungsi nyalaan auto, yang membolehkan motosikal ini dilihat dari jarak sejauh 1.5km. Paparan meter mengunakan jenis split reverse LCD, menampilkan paparan speedometer dengan konsol berasingan.

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Melihat dari spesifikasi Modenas Dominar 400 diatas memang diakui hebat, apatah lagi harga pun tak masuk akal tetapi apakah rekasi peminat permotoran Malaysia dari segi kualiti dan ketahanan? kerana ada juga suara-suara menyatakan model yang berasal dari Bajaj ini kurang ketahanan... Tetapi kami pasti Modenas sudah lama mengkaji dan bersedia!

Modenas Dominar 400 Dilancarkan, Harga Tak Masuk Akal RM13,788!

Modenas Dominar 400 didatangkan dengan jaminan dua tahun atau 24,000 km, yang mana dahulu. Selain itu, lima servis pertama diberikan secara percuma. Jadi, harga pelancaran sementara sahaja. Korang berminat tu kena cepatlah. Harganya akan naik lebih tinggi dan diumumkan pada satu tempoh yang belum dinyatakan lagi.

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal

1 comments so far


EmoticonEmoticon