Modenas Bakal Lancarkan Dominar 400 Esok!

Modenas Bakal Lancarkan Dominar 400 Esok! sumber dari dalaman Modenas melaporkan bahawa Dominar 400 akan di lancarkan pada esok 17 April 2018 di Malaysia, setelah Modenas menerbitkan sebuah video di FB sebagai petanda model nakedbike kelas sederhana ini pasti dilancarkan dalam masa terdekat.

Modenas Bakal Lancarkan Dominar 400 Esok!

Modenas sebelum ini telah mempratonton Dominar 400 lewat tahun lalu apabila beberapa wartawan berpeluang menguji Dominar dengan kerjasama Bajaj di India, dan dikatakan juga bahawa Dominar 400 akan tiba di Malaysia pada suku pertama 2018.

Menarik mengenai spesifikasi Modenas Dominar 400?

Modenas Dominar 400 dikuasakan enjin Triple spark 4-valve DTS-i engine dengan suntikan bahan api dan sistem sejukan cecair. Enjin silinder tunggal ini menghasilkan 35hp dan kuasa tork maksimum 35Nm. Sistem gearbox dari jenis 6 gear kelajuan dengan sistem slipper-clutch yang melincinkan lagi pertukaran naik turun gear, menarik bagi yang sukakan bermain kuasa tork melayan selekoh!

Sistem suspensi depan mengunakan fork jenis teleskopik dan monoshock dibelakang, manakala sistem brek mengunakan cakera, dan kaliper adalah dari jenis ByBre yang dibuat di Bajaj India. ABS adalah standard, untuk keselamatan tambahan.

Modenas Bakal Lancarkan Dominar 400 Esok!

Lebih menarik Modenas Dominar 400 bercirikan teknologi moden terkini, unit meter lengkap dua unit skrin LCD dengan paparan maklumat semua tentang Dominar 400, satu skrin dipasang ditangki bahan api dan satu unit meter lagi diatas dashboard lampu hadapan.

Yang paling penting adalah, sekali lagi menurut sumber, Modenas akan menetapkan harga Dominar 400 baru pada tahap kompetitif sekitar RM18,000 hingga RM20,000!

Semua ini akan disahkan apabila Modenas Dominar 400 akan di lancarkan diMalaysia esok!!!

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon