Litar Lumba DiGanti Kondo Mewah?

Litar Lumba DiGanti Kondo Mewah? Seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Riders.Com, Litar USJ SPEEDWAY yang terletak di kawasan rehat dan rawat Lebuhraya ELITE adalah tidak asing bagi penggemar sukan bermotor di Selangor gempar apabila baru-baru ini, litar Elite Speedway ini ditutup secara mengejut serta membatalkan semua semua acara yang telah dirancang.

Litar Lumba DiGanti Kondo Mewah?

Pelbagai pihak yang terkesan dengan penutupan ini melampiaskan rasa gusar di media sosial. Bukan sahaja para penggemar sukan bermotor tiada tempat untuk beraksi, para operator yang berpusat di dalam kawasan litar juga menghadapi masalah lebih besar dengan penutupan litar ini. Segala perancangan dan acara terpaksa dibatalkan walaupun persiapan dan bayaran telah dibuat sepenuhnya. Ini menimbulkan panik dan desas-desus dikalangan masyarakat.

Lokasi yang strategik dan kemudahan akses ke dalam trek menjadi kunci utama litar ini sentiasa sibuk dengan pelbagai acara yang berkaitan dengan sukan permotoran. Datang sahaja pada hujung minggu, pastinya anda akan dapat menyaksikan litar sibuk dengan acara gokart, lumba motosikal ataupun perlumbaan kereta drift dan time-attack.

Litar Lumba DiGanti Kondo Mewah?

Antara angin berita yang paling kuat bertiup adalah litar ini ditutup kerana telah dijual kepada pihak pemaju untuk membina kondominium mewah.  Bagi peminat sukan bermotor, mereka tidak lupa akan peristiwa pahit penutupan litar Batu Tiga Shah Alam yang digantikan dengan blok-blok tinggi bangunan dan perumahan. Trek lagenda itu diganti pula dengan Litar Antarabangsa Sepang yang lebih besar dan lengkap.  

Namun dek kerana lokasi yang jauh ditambah pula bayaran yuran yang sangat mahal, para peminat sukan permotoran mencari alternatif lain dengan beralih ke litar lebih kecil seperti Litar USJ Speedway ini. Penutupan litar ini meresahkan banyak pihak dan mereka berharap ada pihak yang menghalang projek penutupan litar ini jika benar ia telah dijual kepada pihak ketiga.

Litar Lumba DiGanti Kondo Mewah?

Namun buat masa ini sumber maklumat menyatakan penutupan trek adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih litar bagi keselesaan dan keselamatan pengguna di masa hadapan. Pihak litar juga memaklumkan mereka perlu masa bagi melaksanakan audit dalaman maka mereka terpaksa menutup litar buat sementara waktu. 

Litar Lumba DiGanti Kondo Mewah?

Namun tarikh tepat pembukaan semula litar tidak dapat dipastikan. Maka kepada para peminat permotoran Malaysia, nantikan pengumuman rasmi dari pihak Elite Speedway. Sumber : malaysian-riders.com

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon