Yamaha Bakal Perkenal Enjin Baru Y15ZR 155cc?

Yamaha Bakal Perkenal Enjin Baru Y15ZR 155cc? Itulah desas desus terbaru yang melanda industri automotif Asean apabila blog permotoran dari negara seberang TMC Blog menyatakan Yamaha Vietnam sudah mula mempersiapkan jentera mpoed terbaharu dengan kod nama T155. 

Yamaha Bakal Perkenal Enjin Baru Y15ZR 155cc?

Mungkin peminat automotif di Malaysia masih tidak tahu model moped T155 merujuk kepada model varian Yamaha 135LC dan Y15ZR atau nama lain mengikut pasaran sesebuah negara seperti Jupiter MX (Indonesia) dan Exciter (Vietnam). Kod nama T ini merupakan kod standart yang digunakan oleh Yamaha Jepun bagi model moped di pasaran Asia.

Yamaha Bakal Perkenal Enjin Baru Y15ZR 155cc?

Ini perkembangan yang menarik bagi segmen automotif dua roda di Asean oleh Yamaha. Jadi apa yang kita boleh jangka ini adalah strategi Yamaha menyeragamkan barisan moped 150cc dengan menaik taraf jentera kod T150 kepada T155 menggunakan enjin 155cc VVA yang sama.

Lihat sahaja Yamaha baru sahaja menaik taraf model streetbike Vixion (FZ150i) kepada Vixion R, skuter Aerox 155 (NVX 155) dan sportbike YZF-R15 V3, yang dilengkapi enjin silinder tunggal 155cc SOHC VVA. 

Yamaha Bakal Perkenal Enjin Baru Y15ZR 155cc?

Jika benar, bila kita akan melihat Y15ZR versi enjin 155cc? Yamaha Y15ZR sudah berusia tiga tahun sejak dilancarkan 2015, melihat gambar spyshot model Y15ZR 155cc sedang diuji kini, seperti model yang sebelum ini kami jangka Y15ZR 155cc akan mula kita lihat selewatnya tahun depan?... tunggu dan sabar sahaja la...

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon