Teknik Memotong Selamat Bagi Penunggang Motorsikal

Teknik Memotong Selamat Bagi Penunggang Motorsikal ini sangat penting! kerana ketika menunggang motosikal adakalanya kita perlu memotong kenderaan lain, jesteru bagi penunggang yang berhemat perlu mematuhi peraturan untuk memotong kenderaan lain.

Teknik Memotong Selamat Bagi Penunggang Motorsikal

Untuk memotong kenderaan lain semasa menunggang motorsikal, seorang penunggang itu memerlukan kecekapan serta pandangan imbas yang wajar dan mesti memahami dan mempelajari teknik-teknik memotong yang betul.

3 Sebab Perlu Memotong Kenderaan Lain Dihadapan Seperti Berikut :-


  1. Apabila kenderaan di hadapan bergerak terlalu perlahan.
  2. Apabila mengekori kenderaan di hadapan yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
  3. Apabila kenderaan di hadapan menukar haluan.

Terdapat 10 Teknik Memotong Dengan Cara Selamat Yang Perlu Diamalkan Semasa Untuk Memotong :


1. Berada di belakang

Mengekori dari jarak yang selamat dengan mengamalkan peraturan 2 saat atau 4 saat.

2. Periksa di hadapan

Sentiasa mengamalkan peraturan 12 saat pada setiap masa dengan membuat pandangan jauh ke hadapan. Adalah perlu diingatkan setiap kali memotong anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 saat untuk melepasi kenderaan yang dipotong.

Teknik Memotong Selamat Bagi Penunggang Motorsikal

3. Memeriksa di belakang

Pastikan tidak ada kenderaan lain yang cuba memotong sebelum penunggang memotong. Ini boleh dilakukan dengan melihat cermin sisi dan menoleh ke belakang seketika.

4. Memberi isyarat ke kanan

Memberi isyarat untuk bergerak ke kanan sekurang-kurangnya 3 saat. Pada masa yang sama peraturan 12 saat terus di amalkan.

5. Bergerak ke kanan

Pastikan mempunyai ruang yang cukup dan selamat sebelum bergerak ke kanan.

Teknik Memotong Selamat Bagi Penunggang Motorsikal

6. Melajukan kenderaan

Pada ketika ini penunggang sudah berada di lorong memotontg. Adalah dinashatkan supaya mengawal dan memotong dengan berhati-hati. Penunggang juga hendaklah memotong dengan kelajuan yang dibenarkan dan mematuhi had laju yang ditetapkan.

7. Komunikasi

Sebaik saja kenderaan melintas kawasan yang terlindung (blink spot) penunggang dinasihatkan supaya membunyikan hon ataupun memberi isyarat dengan menggunakan lampu isyarat sebagai tanda berkomunikasi sedang memotong.

8. Memberi isyarat ke kiri

Teknik Memotong Selamat Bagi Penunggang Motorsikal

Penunggang sekali lagi hendaklah memberikan isyarat ke kiri sekurang-kurangnya 3 saat. Pada masa yang sama juga hendaklah menggunakan jangkaan jarak yang selamat sebelum bergerak ke kiri.

9. Bergerak ke kiri

Sebelum bergerak ke kiri, pastikan penunggang mempunyai ruang yang cukup untuk berada dihadapan kenderaan yang dipotong. Penunggang motosikal boleh bergerak ke kiri sebaik saja penunggang dapat melihat kenderaan yang di potong melalui cermin sisi.

10. Menyambung perjalanan

Tentukan penunggang motosikal berada di lorong yang betul dengan mengambil kira peraturan 2 saat bagi kenderaan di belakang dan peraturan 12 saat untuk pandangan  kehadapan. Sumber

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon