Lapan Perkara Perlu Dibuat Jika Terlibat Dalam Kemalangan Motorsikal

Lapan Perkara Perlu Dibuat Jika Terlibat Dalam Kemalangan Motorsikal? inilah risiko yang perlu ditempuh penunggang motorsikal di Malaysia, mungkin selama ini kita selamat dan tidak pernah mengalami kemalangan tapi mungkin suatu hari nanti? ingat malang tidak berbau...

Memang kita menunggang dengan baik mengikut segala peraturan jalan raya tetapi mungkin pengguna lain tidak dan ini selalu berlaku! Dan mungkin juga kita mengalami kerosakan mekanikal ketika menunggang dan sebagainya.

Lapan Perkara Perlu Dibuat Jika Terlibat Dalam Kemalangan Motorsikal

Jadi sekiranya kita terlibat dalam kemalangan pastikan kita memberi perhatian atas beberapa perkara yang di senaraikan di bawah. Berikut merupakan lapan perkara perlu dibuat jika kita penunggang terlibat atau berada di sekitar lokasi kemalangan.

Lapan Perkara Perlu Dibuat Jika Terlibat Dalam Kemalangan Motorsikal


  1. Berhenti dan memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain.
  2. Nyalakan lampu amaran yang terdapat pada motosikal anda.
  3. Pastikan seseorang atau anda sendiri menelepon pihak ambulan sekiranya ada mangsa yang memerlukan bantuan.
  4. Pastikan keadaan kemalangan adalah selamat dari gangguan trafik lain.
  5. Jangan letakkan diri anda dalam situasi berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
  6. Jangan sekali-kali menanggalkan topi keledar penunggang motosikal yang terlibat kemalangan apabila mereka berada dalam keadaan tidak sedarkan diri melainkan anda pasti tindakan anda mampu mengurangkan risiko kecederaan teruk kepada mereka seperti kesesakan penafasan.
  7. Jangan memberi apa-apa makanan dan minuman dan bahan lain kepada mangsa kemalangan jalan raya.
  8. Anda juga boleh memeriksa samada mangsa kemalangan itu mempunyai perlindungan Takaful atau insurance. Ini boleh membantu mangsa untuk mendapat rawatacen pakar dengan akses lebih cepat.
Kami pasti rakyat Malaysia terutama penunggang motorsikal sangat peka tentang isu kemalangan melibatkan penunggang. 

Lapan Perkara Perlu Dibuat Jika Terlibat Dalam Kemalangan Motorsikal

Diharap tips keselamatan jalanraya ini dapat membantu anda menunggang lebih selamat. Pastikan diri dalam keadaan sihat, kondisi motorsikal dalam keadaan bagus dan anda sebagai penunggang motorsikal dilengkapi dengan Insurance dan Takaful kemalangan diri. Sumber

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon