Benelli TNT 135 LE Terhad 1000 unit, Harga RM9,988

Benelli TNT 135 LE Terhad 1000 unit, Harga RM9,988 telah diperkenalkan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi untuk motosikal jenama Benelli di Malaysia. Model ini hanya dikeluarkan hanya 1000 unit. Benelli TNT LE asas daripada TNT 135 yang pernah dilancarkan pada bulan Disember tahun 2016 yang lalu.

Benelli TNT 135 LE Terhad 1000 unit, Harga RM9,988

Benelli TNT 135 LE menggunakan enjin yang sama dari model TNT 135, enjin satu silinder empat lejang 134.7 cc berkuasa kuda maksimum 12.6 hp pada 9,000 rpm dan kuada tork 10.8 Nm tork pada 7,000 rpm, mengunakan sistem suntikan bahan api (EFI). Transmisi pula adalah unit lima kelajuan.

Bahagian lain TNT LE juga masih sama seperti model standard. Sistem suspensi mengunakan fork USD 41 mm di hadapan dan monshock boleh laras di belakang, brek cakera 220 mm bersama angkup dua piston di hadapan, cakera 190 mm dan angkup satu piston di belakang. Rim bersaiz 12 inci mengunakan tayar 120/70 di hadapan dan 130/70 di belakang, tinggi tempat duduk 780 mm, tangki minyak 7.2 liter dan berat kering 116 kg.

Pembaharuan pada model edisi terhad TNT LE ini bermula pada bahagian penampilan, menggunakan grafik khas pada bahagian panel badan utama dari depan sampai ke belakang, yang boleh didapati dalam pilihan tiga warna iaitu hitam, putih dan merah.

Kemudiannya ia turut dilengkapi dengan aksesori tambahan sebagai alatan standard termasuk pelindung ekzos gentian karbon, pelindung enjin, pelindung axle depan dan belakang, cermin sisi hitam serta pelekat nombor edisi keluaran. Turut diberi tambahan adalah aksesori aluminium warna merah pada pelbagai bahagian termasuk pemijak kaki, pelindung tangan, tuil gear dan brek, penutup tempat mengisi minyak hitam, penutup penapis minyak dan penutup takung minyak brek.

Benelli TNT 135 LE Terhad 1000 unit, Harga RM9,988

Harga TNT 135 LE ini ditetapkan pada harga RM9,988 termasuk GST, tetapi tanpa insurans, dan ia datang dengan jaminan pengeluar selama satu tahun atau 10,000 km. Sebagai perbandingan, model standard sebelum ini dilancarkan pada harga RM8,469 (termasuk GST, tanpa insurans).

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon