Warna Baru Yamaha R25 2018, Harga Asas RM20,630.78

Warna Baru Yamaha R25 2018, Harga Asas RM20,630.78 telah dilancarkan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd dengan warna hitam dan biru berserta grafik baru. 

Warna Baru Yamaha R25 2018, Harga Asas RM20,630.78

Penampilan warna dan grafik Yamaha R25 baru ini lebih ringkas, dengan warna hitam sekadar mempunyai jalur merah manakala warna biru dengan jalur hitam.

Warna Baru Yamaha R25 2018, Harga Asas RM20,630.78

Spesifikasi Yamaha R25 2018 masih kekal seperti asal dikuasakan enjin dua silinder selari 249cc empat lejang dengan sistem suntikan bahan api dan transmisi enam gear kelajuan. 

Warna Baru Yamaha R25 2018, Harga Asas RM20,630.78

Enjin Yamaha R25 2018 ini mampu menghamburkan kuasa kuda 35.5hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm. dan merupakan enjin paling berkuasa dalam kelasnya sebelum ketibaan Honda CBR 250RR. Kapasiti tangki bahan api adalah 14.3 liter.

Warna Baru Yamaha R25 2018, Harga Asas RM20,630.78

Lengkap dengan fork teleskopik depan dan brek cakera dengan angkup dua piston manakala di belakang pula dengan suspensi monoshock serta brek cakera hidraulik bersama angkup satu piston. Rim yang digunakan adalah bersaiz 17 inci (tayar 110/70 di depan dan 140/70 di belakang).

Warna Baru Yamaha R25 2018, Harga Asas RM20,630.78

Dari segi gaya luaran dan spesifikasi masih tidak berubah, hanya sedikit perubahan warna dan grafik untuk memberikan rupa lebih segar dan baru. 

Warna Baru Yamaha R25 2018, Harga Asas RM20,630.78

Harga juga kekal sama seperti cadangan yang dikeluarkan oleh HLYM sebelum ini – RM20,630.78 termasuk GST, tetapi tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon