Kawasaki H2 SX Akan Di Pasaran Malaysia 2018

Kawasaki H2 SX Akan Di Pasaran Malaysia 2018 seperti yang di sahkan Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) setelah model yang banyak menarik mata ramai pemerhati di pameran EICMA November 2017 lalu. Pengurus Besar KMSB, Dato’ Jeffrey Lim menjangkakan model berkenaan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada separuh pertama 2018.

Kawasaki H2 SX Akan Di Pasaran Malaysia 2018

Kawasaki H2 SX di kuasakan enjin supercharge empat silinder 998cc sama seperti H2 sebelum ini, seakan sama buas tapi kuasanya di lembutkan dengan penggunaan unit supercharger baru, kuasanya kini 200PS pada 11,000 rpm dan 137.3 Nm tork pada 9,500 rpm. Berbanding dengan H2, enjin pada H2 SX adalah kurang 5 PS tetapi torknya lebih 4.2 Nm.

Kawasaki H2 SX Akan Di Pasaran Malaysia 2018

Hasilnya H2 SX mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api yang baik, di katakan boleh menyamai Versys 1000 dan Z1000SX. Tangki bahan api H2 SX berkapasiti 19 liter. Itupun sudah cukup jimat untuk mesin yang dikuasakan enjin berkuasa kuda 200PS...

Kawasaki H2 SX Akan Di Pasaran Malaysia 2018

Sistem suspensi H2 SX bukan jenis kawalan elektronik, suspensi fork 43 mm di hadapan dan penyerap gas tunggal di belakang boleh di laras. Brek dari jenis unit cakera berkembar 320 mm dengan angkup monobloc empat piston di hadapan dan cakera 250 mm tunggal serta angkup dua piston di belakang. Lebih dari cukup untuk keselesaan dan kuasa henti.

Kawasaki H2 SX Akan Di Pasaran Malaysia 2018

Kawasaki H2 SX dilengkapi dengan unit pengira inertia (IMU), yang dapat mengaktifkan KTRC (termasuk traction control dan wheel lift control), KIBS (termasuk pitching control dan corner braking control) dan Kawasaki Engine Brake Control, tetapi bagi mode SE, ia mendapat tambahan KLCM (launch control).

Kawasaki H2 SX Akan Di Pasaran Malaysia 2018

Jangan ditanya berapa harga Kawasaki H2 SX ini sekarang.. tunggu sahaja pengumuman rasmi dari Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd. Adakah ini mesin super touring idaman anda yang mahukan kuasa sebuas sebuah mesin superbike pejuang?.. Kawasaki H2 SX mungkin patut menjadi milik anda....

Kawasaki H2 SX Akan Di Pasaran Malaysia 2018

Peminat dunia motorsikal, Arena Motor khusus buat peminat motorsikal yang inginkan informasi dunia motorsikal


EmoticonEmoticon