GPX Demon 150GR 'Panigale Mini' Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2018 Ini?

GPX Demon 150GR 'Panigale Mini' Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2018 Ini? JANGAN terkejut jika korang yang ride ke sempadan Thailand dalam masa terdekat nanti, nampak ramai rider negara jiran ride mini Ducati ni. Ini kerana pengeluar motosikal tempatan Thailand, GPX baru saja melancarkan sportbike mini mereka yang diberikan nama, Demon 150GR!

GPX Demon 150GR 'Panigale Mini' Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2018 Ini?

Sekali pandang sangat-sangat mirip dengan jentera supersport popular, Ducati Panigale. Tapi jangan salah faham dan anggap motosikal tersebut sebagai klon pula. Jika diteliti dan dibandingkan secara sebelah menyebelah, GPX Demon 150GR sebenarnya menampilkan rekaan tersediri. 

GPX Demon 150GR 'Panigale Mini' Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2018 Ini?

Dilancarkan di Ekspo Motor Thailand (TME) 2017 untuk pasaran Negara Thailand itu, 'Mini Panigale' itu ditawarkan pada harga ฿63,800 (RM8,000). Terdapat juga varian Sport Edition yang di tawarkan pada harga ฿64,500 (RM8,090), tetapi cuma berbeza corak grafik sahaja.

GPX Demon 150GR 'Panigale Mini' Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2018 Ini?

Demon 150GR di kuasakan enjin satu silinder empat lejang 149cc dengan sistem sejukan udara, dengan sistem gear enam kelajuan. Sistem suspensi mengunakan fork jenis terbalik (USD), manakala di belakang pula menggunakan suspensi monoshock. 

GPX Demon 150GR 'Panigale Mini' Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2018 Ini?

Daripada laman rasmi GPX, motosikal seberat 130 kg ini di katakan boleh mencecah kelajuan maksimum sekitar 125 km/j.  Mengunakan rim bersaiz 14 inci dengan tayar 120/70 di hadapan dan 140/70 di belakang. Segala informasi berkenaan operasi motosikal dipaparkan pada unit LCD, dan lampu utamanya menggunakan sistem LED.

GPX Demon 150GR 'Panigale Mini' Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2018 Ini?

Dari segi rekaan dan gaya, memang tidak dapat dinafikan inilah 'Ducati' paling mampu milik tanpa perlu bersusah payah ambil risiko beli motor yang harga cukai melampau... Jika dapat pada kaki modi Malaysia dan Thailand kami pasti Demon 150GR seakan boleh menjadi Ducati Panigale sebenar..

GPX Demon 150GR 'Panigale Mini' Akan Tiba Di Malaysia Tahun 2018 Ini?

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon