Yamaha Vietnam Lancarkan Edisi Khas Y15ZR Sempena Produksi Exciter 1 Juta

Yamaha Vietnam Lancarkan Edisi Khas Y15ZR Sempena Produksi Exciter 1 Juta? Jangan terkejut memang Yamaha Y15ZR atau Exciter di Vietnam sangat laris dan merupakan king of moped bagi negara yang sangat bergantung dengan motorsikal setiap saat!

Yamaha Vietnam Lancarkan Edisi Khas Y15ZR Sempena Produksi Exciter 1 Juta

Jika di Malaysia semasa awal pengeluaran LC135 pada 2006, Yamaha Vietnam pula sudah lama mengunakan nama Exciter bagi model ini sejak 2005 lagi, dan masih kekal dengan nama Exciter 150 walaupun di Malaysia kini lebih di kenali sebagai Y15ZR. Dan inilah model motorsikal moden paling canggih pertama di keluarkan di Vietnam.

Yamaha Exciter 150 Camouflage Green 2015

Apa yang menarik mengenai model Y15ZR Vietnam yang mula dilancarkan pada 2015? ianya di datangkan dengan grafik "camouflage" samaran warna celoreng hijau tentera yang lain dari lain malah lebih "rare" dari versi edisi terhad Movistar di malaysia. Dan edisi warna camouflage ini terus di perbaharui bermula dari 2015 ke 2016 hinggalah kini.

Yamaha Exciter 150 Camouflage Brown 2015

Dan sempena Yamaha Vietnam meraikan pengeluaran Exciter yang ke 1 juta, Yamaha Vietnam melancarkan edisi khas yang di kenali dengan nama Exciter LTD Matt Blue dan Exciter LTD Matt Green yang kerkonsepkan camouflage juga.

Yamaha Exciter LTD Matt Blue

Walaupun Yamaha Y15ZR tidak menerima pembaharuan besar pun sejak dilancarkan. tetapi strategi Yamaha yang hanya menumpukan perubahan kosmetik dilihat sangat berjaya! lihat sajalah di Malaysia rider kita yang taksub dengan kit Movistar GP. 

Exciter LTD Matt Green

Tetapi peminat permotoran di Malaysia wajib bersetuju dan perlu taksub dengan kit edisi camouflage tentera versi Vietnam ini lebih "rare" di masa depan..

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon