Skuter Honda BeAT 2018 Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM5,724

Skuter Honda BeAT 2018 Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM5,724 (kenaikkan harga sebanyak  RM159 berbanding tahun sebelumnya yang hanya RM5,565). Honda BeAT 2018 di reka sebagai sasaran pada golongan muda dan remaja yang mahukan skuter ringkas tetapi cukup bergaya dan elegan.

Skuter Honda BeAT 2018 Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM5,724

Spesifikasi Honda BeAT 2018 di kusakan enjin empat lejang satu silinder 108.2cc yang menghasilkan kuasa kuda sebanyak 8.77 PS pada 7,500 rpm. Lengkap dengan air-cooled kipas udara yang disejukkan oleh PGM-FI, Transmisi, seperti biasa skuter dalam kategori ini mengunakan kotak gear automatik dan V-belt.

Skuter Honda BeAT 2018 Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM5,724

Honda BeAT di lengkapi dengan Combi Brake System yang menggunakan kedua-dua tuil di handle bar sebagai brek depan dan belakang dengan jarak brek lebih pendek. Sistem suspensi mengunakan fork jenis teleskopik di hadapan dan penyerap tunggal di belakang, kedua-dua tidak boleh dilaras. Keselamatan tambahan disediakan dengan suis cut-out stand-side.

Skuter Honda BeAT 2018 Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM5,724

Sistem brek Honda BeAT mengunakan cakera hidraulik jenis tunggal di roda hadapan, manakala roda belakang dilengkapi dengan brek dram dengan fungsi Smart Lock memastikan kedua-dua roda dikunci untuk permulaan atau tempat letak kereta untuk lebih selamat. Turut mempunyai fungsi penghidup enjin jenis elektrik dan kick-start. Roda mengunakan rim bersaiz 14 inci dengan tayar tubeless.

Skuter Honda BeAT 2018 Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM5,724

Honda BeAT 2018 mampu memuatkan petrol 4.0 liter, dengan berat hanya 94 kg, dengan ketinggian tempat duduk 742 mm cukup rendah dan sesuai untuk wanita, menjadikan BeAT skuter yang pendek. Terdapat empat pilihan warna untuk 2018 Honda Beat - Vital Metallic Blue, Pearl Magellanic Black, Viva City Red dan warna baru untuk tahun depan, Space Magenta Metallic.

Skuter Honda BeAT 2018 Di Pasaran Malaysia Pada Harga RM5,724

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon