Inilah Motor Terlaris Di Dunia Dan India, 1 Unit Terjual Setiap 9 Saat!

Inilah Motor Terlaris Di Dunia Dan India, 1 Unit Terjual Setiap 9 Saat! ya motosikal terlaris adalah sebuah skuter Honda Activa 110 cc dengan jualan sebanyak 2,040,134 unit dalam masa hanya tujuh bulan! lebih dua juta unit jualan! Dan apabila anda mempunyai produk terlaris dengan lebih dari 1.32 bilion penduduk di sebuah negara maka pasti ianya sesuatu yang hebat.

Inilah Motor Terlaris Di Dunia Dan India, 1 Unit Terjual Setiap 9 Saat!

Jika diperhatikan, model kenderaan yang paling digemari tidak perlu canggih atau tampil dengan reka bentuk luar biasa pun. Rekod tersebut menjadikan Activa motosikal pertama di India yang berjaya mencapai angka tersebut dan jika dihitung sebanyak satu unit Activa terjual pada setiap sembilan saat.


Rekod yang dicapai Honda Motorcycle & Scooter India Pvt. Ltd. (HMSI) itu dari bulan April hingga Oktober 2017. Prestasi tersebut bukan di capai dalam sekelip mata. Sebelum ini Honda mengambil masa selama tujuh tahun sejak pelancaran Activa generasi pertama pada tahun 2001 hingga tahun 2008 bagi mencapai jualan sebanyak dua juta unit.

Inilah Motor Terlaris Di Dunia Dan India, 1 Unit Terjual Setiap 9 Saat!

Honda melancarkan skuter Activa 102cc pada tahun 2001. Pada tahun pertama, jualan Activa hanyalah sekitar 55 ribu unit dan dalam tempoh tiga tahun berikutnya telah berjaya menerajui segmen skuter. Sehingga Disember 2005, jualan kumulatif Activa telah pun mencecah sejuta unit.

Inilah Motor Terlaris Di Dunia Dan India, 1 Unit Terjual Setiap 9 Saat!

Honda telah melancarkan beberapa generasi Activa dan telah mengubah pilihan tunggangan rakyat India dan semakin popular. Menjelang Jun 2012, jualan Activa telah melebihi lima juta unit. Dalam tempoh tiga tahun berikutnya, Activa sekali lagi memahat rekod baharu apabila menjadi skuter pertama yang terjual lebih dari 10 juta unit!

Inilah Motor Terlaris Di Dunia Dan India, 1 Unit Terjual Setiap 9 Saat!

Rekod baharu kali ini lebih menggagumkan. Pada tahun 2016, jualan Activa berjaya mengatasi motosikal terlaris selama 17 tahun di India dan turut menjadi jenama motosikal terlaris di dunia buat kali pertama.

Terbaru, Activa telah menjadi skuter automatik pertama di India dengan jualan lebih dari 15 juta unit. Selain itu, pasaran motosikal India juga besar, jualan tahun ini sahaja sudah melebihi 12 juta unit. Di Delhi India, Honda Activa 4G dijual pada harga INR 51,324 atau RM 3,268.

Sumber : Mekanika

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon