KTM 390 Duke Dan 250 Duke 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

KTM 390 Duke Dan 250 Duke 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia dan akan berada di pasaran Malaysia bermula minggu depan. Ini adalah dua model yang menerima naik taraf yang cukup hebat seperti yang telah kami review sebelum ini apabila Duke 200, Duke 250 dan Duke 390 di lancarkan di India terlebih dahulu awal tahun ini.

KTM 390 Duke Dan 250 Duke 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

KTM Duke 390 di kuasakan enjin satu silinder 373.2cc yang di lengkapi dengan suntikan bahan api dan sistem penyejukan cecair dan mampu menjana kuasa kuda sebanyak 44hp dan kuasa tork maksimum 37Nm. Dalam usaha menjadikan enjin 390 Duke ini mematuhi peraturan BS IV emission, Duke 390 di lengkapi dengan ekzos baru dan mendapat teknologi menunggang ride-by-wire dan juga sistem CANBUS.

KTM 390 Duke Dan 250 Duke 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Lebih menarik ianya di lengkapi dengan panel meter TFT berwarna dengan paparan informasi lengkap yang membolehkan akses telefon pintar anda menerusi bluetooth, sambil menunggang anda boleh melayari muzik mp4!!! Dan anda juga boleh menukar mode tunggangan anda dari mode Road, Off dan Super Moto. Semuanya menerusi panel TFT itu.

KTM 390 Duke Dan 250 Duke 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Harga jualan seunit KTM Duke 390 2017 di Malaysia ialah RM28,000 termasuk GST, di datangkan dalam kemasan warna oren dan putih dengan grafik baru lebih hebat!

KTM 390 Duke Dan 250 Duke 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

KTM Duke 250 di kuasakan enjin satu silinder 248.8cc sejukan cecair dengan suntikan bahan api dan mampu menjana 30 kuasa kuda dan 24Nm kuasa tork, di padankan dengan transmisi enam kelajuan dan slip klac PASC Slipper, yang akan membantu penunggang menukar gear dengan lebih pantas dan agresif. KTM Duke 250 mendapat cakera brek depan baru 300 mm 230 mm di belakang. Menariknya, Duke 250 mendapat tayar MRF RevZ C1 dan bukan Metzelerr seperti Duke 390.

KTM 390 Duke Dan 250 Duke 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Yang menghairankan Duke 200 tidak seperti Duke 390, tanpa panel meter TFT dan sistem Ride By Wire dan piluhan mode ABS Supermoto. Hanya mengunakan paparan skrin unit LCD  dan saiz tangki bahan api menjadi 13.4 liter, ianya menerima sistem ekzos baru yang mematuhi peraturan Euro 4.

KTM 390 Duke Dan 250 Duke 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Untuk peminat KTM di Malaysia, anda boleh sudah berkira-kira dan bersedia dengan barisan baru KTM Duke 250 dengan harga  RM21,730 seunit dengan GST.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon