Bentuk Sebenar Ducati V4 Di Dedahkan

Bentuk Sebenar Ducati V4 Di Dedahkan! Foto ini sedang tersebar di internet, dengan gelaran baru "Panigale V4". Foto itu sememangnya asli dan sudah pasti bukan edit dan ianya begitu hampir seperti mana imej pertama superbike Ducati V4 muncul ketika sesi ujian di litar sebelum ini.

Bentuk Sebenar Ducati V4 Di Dedahkan

Hampir keseluruhan bentuk pada Ducati V4 mirip dengan model generasi sebelumnya Panigale v-twin, walaupun terdapat beberapa perubahan yang jelas. Kelihatan rekaan lampu depan di gabung dengan rekaan lubang ram air untuk laluan udara yang mungkin membantu dalam menyejukkan enjin V4.

Kelihatan reka bentuk casis frameless tetap digunaka seperti sebelum ini, dengan bingkai aluminium hitam mengukuhkan belakang Ducati V4 dan ke bank silinder depan (tersembunyi di bawah fairing), dan menonjol ke depan seperti memberi ruangan untuk untuk kotak angin.

Ekzos pada Ducati V4 juga kelihatan sama dengan model Panigale v-twin, walaupun kelihatan ada dua gelung paip ekzos di bawah seat, dan bukan satu paip pada edisi sebelumnya.

Susun atur enjin juga berbeza dari sebelumnya, dan diletakkan dalam kedudukan yang sedikit berbeza pada motosikal. Walaupun terdapat perbezaan halus antara Ducati V4 dan kedudukan rentang Ducati 1299 Panigale, yang mungkin lebih menarik adalah kesamaan antara dua model ini akan datang dan sudah pasti Ducati akan mengunakan enjin Desmosedici Stradale, enjin 90 ° V4 baru yang akan memberi kuasa hebat kepada Ducati V4 ini.

Kita perlu menunggu sehingga pertunjukan EICMA November di Milan, Itali dan menyaksikan apakah ciri-ciri sebenar dan spesifikasi Ducati V4 ini. Mungkin Ducati V4 adalah raja jalanan yang bakal menakluk 2018?

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon