Modenas TTR 200 2015 - Cafe Racer Buatan Malaysia

Modenas TTR 200 2015 - Cafe Racer Buatan Malaysia | Perkembangan yang menarik bagi industri permotoran Malaysia, apabila Modenas telah melakukan debut model terbaru mereka berkonsepkan Cafe Racer iaitu Modenas TTR 200 2015 di beberapa pertunjukkan Modenas baru-baru ini.

Modenas TTR 200 2015

Di jangka bakal berada di pasaran Malaysia pada tahun ini? tidak pasti dan kami tidak janjikannya.. model baru Modenas 2015 ini di kuasakan enjin empat lejang satu silinder 213.4cc SOHC, enjin yang mengunakan sistem sejukan udara itu mampu menghasilkan kuasa [email protected] dan kuasa tork maksima [email protected] dengan sistem gear 5 kelajuan.

Modenas TTR 200 2015

Sememangnya sudah lama Modenas tidak mengeluarkan model serba baru, seolah cuba memasuki trend pasaran baru, Modenas TTR 200 2015 di lihat serba ringkas dan menarik dengan imej gaya perlumbaan cafe racer zaman silam.

Modenas TTR 200 2015


Perhatikan dari rekabentuk tangki dan fork depan, di harap Modenas lebih agresif dalam menghasilkan produk buatan tempatan yang lebih berdaya saing sebagaimana percubaan Modenas TTR 200 ini.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

30 comments

cc ok dh cma dh lma tungu segmen mtor mcm fz

Lepas ni modenas buat motor chopper plak.. ganti motor jaguh 2selinder dgn harga yg lebih murah bru ngam..

kalau untuk model begitu tak tahu la bila modenas boleh buat

itu yang sepatutnya, modenas kena lebih agresif

buat la naked 250 4 silinder...mesti laku

Technical partner Modenas adalah Kawasaki. Sama seperti pertalian Proton-Mitsubishi (suatu ketika dahulu) dan Perodua-Daihatsu (masih berlanjutan), kedua-dua pihak tak boleh jual kenderaan yang bersaingan di dalam pasaran.

Kepada anda yg di dalam kategori usia yg tertentu, masihkah ingat Mitsubishi 'hilang' dari pasaran bila Proton dilancarkan? Dan masihkah ingat bila kereta Daihatsu 'lenyap' dari pasaran selepas Kancil dilancarkan? Lepas P.Saga yg pertama, takda lagi model Mitsubishi yg baru. Lepas Kancil, ada nampak Daihatsu model baru?

Jangankan model baru, showroom pun semua tutup.

Sama dgn Modenas dan Kawasaki, kalau tak silap saya Modenas tak boleh buat moto berenjin 250cc ke atas, MELAINKAN rekabentuk dan kategorinya sangat 'special'.

Kawasaki pula tak boley buat kapcai dan skuter bawah 250cc (seingat saya). KSR110 tu, walaupun enjinnya 110cc, tapi ianya di dalam kategori yang sgt unik/special dan lain dari yg lain, agar ianya tak bersaing direct dgn moto Modenas yg di dalam kategori 100-130cc dan linkungan harganya.

Pergh. Ni kalau dapat sebijik ni, kasi kat encik ayah, memang sebulan senyum tak hilang ni. Maunye encik ayah bawak puan ibu kat tempat first time diorang jumpe, lagilah tak hilang senyum lagi sebulan

Menarik tu bro, memang bagus sangat untuk hadiahkan kat parent

Thanks Mr Greg Promushkin, nice to meet u here

Saya pernah bertugas sebagai wartawan full-time dgn The Malay Mail, NST dan dua majalah motoring (kandungan majoriti kereta tapi test moto pun kerap sebab saya lebih minat moto) dari 1994 hingga 2010. Skrg freelance, tapi jarang pandu uji lagi dahh.

Oleh itu, saya kenal rapat dgn org industri automotif (kereta, moto, lori la), termasuklah Kawasaki. Sesekali saya singgah di 'Kawasaki Sunrock' (nama lama dia masa berpusat di Segambut) dan skrg, Kawasaki Malaysia di Glenmarie. Masa tu ada kawan-kawan di sana yg mana saya berurusan dgn mereka sebagai seorang wartawan.

Masa di Segambut, saya ada terlihat sebuah Kawasaki Estrella 250. Pada mata saya, moto tu sangat la lawa. Saya tanya kawan di Bhg Marketing situ pasal moto tu. Dia kata moto tu "Untuk research dan testing. Tak tau la company nak jual di Malaysia atau tidak."

Sampai mereka pindah ke Glenmarie, Estrella masih tak dilancarkan. Tapi moto tu masih ada... siap berdaftar lagi (ada nombor pendaftaran). Pada hujung 2012, saya dah tak kerja wartawan fulltime lagi, dan saya ada beli sebuah Kawasaki W800SE. Masa saya ke Kawa Glenmarie utk servis moto, saya terlihat pulak moto Kawasaki 250TR. Pun lawa jugak, pada mata saya.

Saya tanya soalan yg sama pada kawan tu. Jawapannya sama mcm soalan saya pasal Estrella 250 tu.

Jadi, bila dah ada TTR200 ni, saya pasti ianya adalah hasil R&D yg dijalankan keatas kedua-dua Estrella 250 dan 250TR. TTR200 ni pun ada banyak persamaan dengan Estrella 250 Special Edition (yg di Kawasaki model bukan SE) dan abangnya, W800 Special Edition - banyak warna hitam pada enjin, ekzos 'peashooter', sarung pelindung fork dan stail retro. Persoalan telah terjawab!

Lupa nak cakap - Saya minat SANGAT dengan TTR200 ni. InshaAllah, kalau ada rezeki... angkat satu... :)

menarik pengalaman tuan ni, banyak info kami dapat hasil dari feedback ini, terima kasih tuan

Sama-sama!

Secara ringkas:

Kapcai (moped), skuter dan motosikal bawah 250cc = Modenas boley buat dan pasarkan di Malaysia.

Moto pelik bawah 250cc mcm KSR110 dan moto besar 250cc ke atas = Kawasaki boley pasarkan di Malaysia.

Begitulah ceritanya - 'persetujuan' di antara kedua-dua syarikat. :)

Boleh lah saya release artikal baru tentang sejarah ini

Adalah lebih baik dan selamat jika sdr sendiri buat 'siasatan' yg terperinci - seperti berbual-bual dgn org-org tertentu dari pihak Modenas, Kawasaki, DRB-Hicom (parent company Modenas) dan juga dealer motosikal, terutamanya Welly, Chear dan pengedar-pengedar (taukeh-taukeh) rasmi Modenas.

Ini idea dan tips 'free' dari saya utk sdr buat kerja seperti wartawan, atau 'investigative journalist'. Haha! :)

Bila dah dpt banyak maklumat dan fakta, baru puashati... baru lebih yakin nak letak dlm blog ni, tanpa ada rasa was-was. Pembaca pun lebih respect dan tahap keyakinan terhadap kredibiliti penulis lebih tinggi. Ini jauh lebih baik dari menggunakan maklumat dari sumber 'samar-samar' seperti saya ni, yang dah semi-retired dari dunia kewartawan motoring. :)

lebih kepada analisis, jika kita lihat artikal permotoran luar negara, ianya ibarat teori konspirasi, tapi akhirnya benar. Tapi pandangan dan infomasi yang saudara berikan memang sangat berharga untuk di kongsi oleh pembaca lain

seat bagi lebar dan tebal macam 125 future

Bila la MODENAS nak ada SBK 650 cc ke bawah? Buat ala Versys pun cungak,..tak kreatif ke otak anak Melayu?

tggu demak jelah buat moto mcm nie.. LOL

Kalaulah modenas dapat keluarkan 500cc superbike.... Harga pun murah...
Apakah benar tidak dibenarkan??

modenas boleh up gred kan GT 128..pakai enjin jaguh 175..berubah ke mono shock dan sistem fuel injection...tayar belakang besar...boleh bersaing dengan Yamaha LC 150...

minta maaf la, pada aku MODENAS ni mmg jenis tak menghargai pelanggan. Masa keluar jaguh dulu, punyalah gempak itu ini...nak wat cc lebih besa la. tapi sampai la....hampeh. Bila tanya, kawasaki tak bagi teknologi utk itu. aku punya jaguh la ni, abis kuat pun rm1000 klu nak jual. spare pulak mahal. ini nak wat cam motor kat atas tu....hahhhh. Tak mustahil, tapi tolong jaga pelanggan dan jgn la nak cekik darah.

Jaguh misalnya, sbuah motor yg jimat dan lasak. berbulan aku tunggu maa memula keluar dulu. walaupun cina tak bagi nasihat positif langsung.Tapi apa nasib jaguh-jaguh skrg ni. Lepas satu,satu kelab jaguh terkubur. Kita org melayu, sedih aku.... kami yg tua2 ni nak merasa satu sentuhan klasik tapi tak menysuahkan sangat.

jaguh ADX ( hidup segan mati tak mau )

bro baca habis komen tak?
mmg agreement dgn kawasaki modenas tak boleh keluarkan lebih 250cc.

Tak sabar nak sambar modenas kapcai GT 150cc atau GT 200cc.... ha rasakan kejutannya...terbaik... akau pakai GT128cc ...tiada masalah jalan jauh... jaga minyak hitam , class plate, coil api ,sudah cukup boleh keliling Malaysia..


EmoticonEmoticon