Yamaha YZF-R25 2014 Di Lancarkan - Debut Pertama Di Indonesia

Yamaha YZF-R25 secara rasmi di lancarkan di Indonesia hari ini, mengakhiri penantian yang di tunggu seluruh komuniti permotoran dunia. Kini mesin yang di kuasakan enjin dwi silinder 250cc DOHC sejukan cecair, suntikan bahan api ini dengan kuasa setinggi 35.5hp dan 16.7 lbs•ft tork (tertinggi dalam kelas 250cc) di jangka akan memberi saingan sengit pada Kawasaki dan Honda yang telah mendominasi kelas 250cc sebelum ini.
Yamaha menegaskan Yamaha YZF-R25 di bina khusus untuk pasaran Asean dan juga sasaran pasaran besar terbaru iaitu India, dengan model enjin 300cc YZF-R3 bakal menjengah pasaran Eropah dan Amerika Utara selepas debut rasmi di Indonesia dan negara Asean lain. 
Menarik mengenai Yamaha YZF-R25 ialah reka bentuk kebuk pembakaran enjin di reka dengan bercirikan “generates a tumble” yang membantu campuran udara dan bahan api lebih baik untuk hasil pembakaran yang memberikan kuasa yang lebih tinggi. Silinder YZF-R25 di bina dari DiAsil (Die casting Aluminum-Silicon) yang berfungsi mengurangkan berat enjin dan pelepasan haba lebih efektif. Dengan rangka keluli tegar menyokong enjin dwi silinder yang paling berkuasa dalam kelas 250cc itu.
Di bina di Indonesia dan bakal memasuki pasaran pada Julai tahun ini. Yamaha optimis Yamaha YZF-R25 akan terjual dalam 15,000 unit dengan jangkaan pertambahan unit model dalam pasaran akan datang. Di jual pada harga 53juta Rupiah di Indonesia dan jangkaan harga di Malaysia sekitar RM15,000. Anda pasti boleh menjangka Yamaha YZF-R25 akan menjadi pilihan terbaik dengan pakej yang di tawarkan. 35.5 hp sesuatu yang mengiurkan bagi sebuah mesin 250cc ini.
Spesifikasi Teknikal Yamaha YZF-R25 2014:
Length x Width x Height2,090mm x 720mm x 1,135mm
Seat Height780mm
Weight166kg
Engine TypeLiquid-cooled, four-stroke, DOHC, four-valve
Cylinder ArrangementInline two-cylinder
Total Displacement249cm3
Bore x Stroke60.0mm x 44.1mm
Maximum Output26.5kW (36.0PS)/12,000rpm
Maximum Torque22.6N・m (2.30kgf・m)/10,000rpm
Fuel Capacity14L
Fuel DeliveryFuel Injection
Transmission Type/Shift MethodConstant mesh 6-speed/Return type
Tire Size (Front/Rear)110/70-17 / 140/70-17
Brake Type (Front/Rear)Hydraulic disc/Hydraulic disc
Suspension (Front/Rear)Telescopic/Swingarm
Sumber Imej: RushLane

Menangi Hadiah Menarik Dalam – CONTEST SELFIE BERSAMA MOTORSIKAL ANDA DI SINI

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

24 comments

Sampai Malaysia harga jadi rm26K

Kt malaysia jd rm20-23k

harga mesti tak jauh dari saingan ninja 250

Ini adalah respon dari Hong Leong Yamaha apabila di-email untuk bawa masuk model R15 dan R25.
"Thank you for your interest in these Yamaha models.
Concerning to this matter, kindly be informed that we are closely monitoring the customer demand for these model (YZF R25 & R15). If conditions are favorable we would consider the possibility of introducing them in the near future.
Thank you & best regards,
CS(Rh)"
Ramai-ramai laaa kite email minat bawa masuk model2 ini kpd hong leong yamaha dari berharap saje. Email HLYM: [email protected]

mana 1 yg terbaik?? kawasaki or yamaha?
haishhh...dilema2

kena compare betul2 bro, bandingkan dari segi kemampuan dulu

di malaysia dh keluar blom?

Kalau keluar pasti harga meletop.biasala yamaha

harga lebih kurang ngan kawasaki z250sl...sekitar rm16k...bersaing kawasaki ngan yamaha nie....

lawoonyeeee... maintainance mcm mana laaa agaknye

sampai malaysia lagi kena tax goverment mesti lebih 20k sebiji superbike ni.

kebiasaan begitulah, tak jauh sangat margin harga tu

Diindonesia murah napeye dimalaysia jadi mahal. Selagi umno bn kamu sokong ambik kau semuanya mahal. Dasar haram jadah.

saya setuju sama kamu...


EmoticonEmoticon