Selama 3 dekad, tidak banyak motorsikal dalam segmen superbike yang mampu bertahan seperti yang di lakukan Kawasaki dengan model Ninja ZX-10R. Kekal dominon sebagai antara jenama yang di percayai selama 30 tahun di jalanan dan litar.
Tom Sykes telah membuktikan Kawasaki Ninja ZX-10R bukan sahaja juara di jalanan tapi juga juara di litar di antara kehebatan Fireblade, R1, GSX-R dan lawan dari Eropah seperti S1000, RSV dan Panigale.
Sebagai menyambut ulang tahun Ninja yang ke 30, Kawasaki telah melancarkan " 30th model Anniversary Ninja ZX-10R " dengan penampilan warna khas Lime Green / Pearl White Stardust dan emblem istimewa Ulangtahun ke 30 pada setiap sisi fairing model. Manakala model Ninja ZX-10R standard kini dengan warna Metallic Matte Carbon Gray / Flat Ebony.
Walau bagaimanapun Kawasaki Ninja ZX-10R 2015 masih kekal dengan spesifikasi yang sama dari enjin 4 silinder sebaris 998cc, sistem kawalan cengkaman kawasaki sports - Kawasaki Traction Control (S- KTRC ), dan juga sebagai peredam stereng elektronik OHLINS yang di datangkan sebagai alatan standart.
Suspensi depan di lengkapi Big Piston Fork Showa (BPF ), manakala suspensi belakang adalah dari jenis piggyback boleh laras sepenuhnya mampatan rendah / kelajuan tinggi redaman dengan sistem ABS sebagai optional tambahan sebagai gabungan kehebatan sistem brek Tokico sedia ada.
Anda perlu akui, walaupun masih kekal tiada perubahan spesifikasi dan sedikit sentuhan warna baru " 30th model Anniversary Ninja ZX-10R " pasti akan membuatkan anda mengingati Kawasaki Ninja ZX-10R untuk 3 dekad lagi. Do you belive it...
Comments