Kawasaki Ninja 250SL 2014 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM17,689. Mengakhiri penantian dan persoalan dari kalangan komuniti permotoran Malaysia, adakah Ninja 250SL akan memasuki pasaran Malaysia?
Akhirnya terjawab dengan pelancaran rasmi dan pratonton di Sepang International Circuit selepas debut pertama di Indonesia awal tahun ini. Pasti ramai peminat sports 250cc di Malaysia tidak sabar kan?
Kawasaki Ninja 250SL di kuasakan enjin 1 silinder 250cc DOHC sejukan cecair dan suntikan bahan api mampu menghasilkan 28hp pada 9,700 RPM dan kuasa tork pada 22.6Nm pada 8,200 RPM, agak berkuasa bagi enjin 1 silinder.
Kawasaki Ninja 250SL di datangkan dengan warna Kuning dan Hijau Kawasaki dengan harga asas RM17,689.00.
Harga yang agak kompetitif bagi meletakkan Kawasaki Ninja 250SL mampu bersaing dalam pasaran dan meraih sasaran kelompok penunggang baru yang mahukan sebuah jentera sporty, berkuasa, mudah selenggara pada harga berpatutan. Sumber
Sedia menentang:
ReplyDelete1.KTM Duke 200-RM15k
2.Megelli 250-RM15k
3.Kawasaki Z250-RM22k
4.Kawasaki Ninja 250-RM25k
5.Naza Blade 250-RM17k
6.Naza N5-RM14k
7.Honda CBR250-RM19k
good info bro, thanks much
DeleteTq for the price infor, bro
Deletenasib baik tak minat sangat motor,, tpi adik laki saya mesti suka nih,, :D
ReplyDelete99.99% laki2 kat malaysia ni minat moto cik muja haha
Deletelawa motor ni, kalau harga below 13K mesti best
ReplyDeletekalau model 250cc baru payah nak harga below 13k, 150cc pun estimate 12k
Delete150rr kami jd rare..
ReplyDeletebetul, jaga elok2
DeleteReject, tinggi sgt dan curam seat belakang. X sesuai yg bawa pillion
Deletebro dah cuba duduk ke? maybe nampak tinggi sebab double stand yang di gunakan kot hehe
Deleteassalam..
ReplyDeleteberminat nk beli motor tpi zero knowledge, boleh bantu hehehe
Wasalam, its ok bro, dari segi kapasiti moto bro boleh baca specs yang di atas, jadi penjagaan taklah terlalu rumit, sebagai contoh dari segi penjagaan minyak enjin 4t seeloknya di tukar sebulan sekali, selain tu kerap periksa air dalam tangki coolant, bateri, keadaan tayar dan sukatan angin tayar, ketegangan rantai dan pastikan lampu utama dan lampu isyarat berfungsi dengan baik, yang penting kena faham komponen2 yang ada supaya kita lebih faham cara penjagaan, semua ini penting untuk pastikan keadaan motor sentiasa baik dan untuk keselamatan masa tunggangan.
Deleteboss..
ReplyDeleteapa beza ninja ini dgn ninja yg harganya 22 ribu tu aek...
saye dummy bab2 moto besa..
trimas..
bezanya model kat atas tu enjin 1 silinder je, yang model lagi 1 enjin 2 silinder
Deleteharga 17k..kalau beli cash boleh kurang ke
ReplyDeletehehe tak tahulah bos, kena tanya dealer kawasaki
Deletekalau sy nak beli cash 17k boleh d turun kan tak harga tu
ReplyDeletedah klua tak yg model ni tpi 2 silinder tu..(xtau nma model)..sy dri sarawak..ingt nk beli satu yg 2 silinder tu..tpi psal big bike ni knowledge mmg kurang sesangat..huhu...
ReplyDeleteye model 2 silinder memang mula di keluarkan sebelum model 1 silinder seperti di atas
DeleteHmm..sy dah lama target Ninja 250SE...duit pun dah cukup...tp baru2 ni dpt tau YZF R25 nak masuk msia April ni..agak2 bro mana satu patut sy ambik...
ReplyDeleter25 dah di produce di malaysia, cuma di pasaran april ni, boleh booking jika mahu, kalau ikut cadangan kami, dari segi power memang r25 la paling hebat dalam kelas 250cc, harga pun boleh tahan
DeletePara istri-2 sekrng xmarah klu laki men super bike sbb klu men bermadu tu yg para istri-2 marah mcm bini dia suka ngn mint aku suka super bike
ReplyDelete