Di lancarkan dan sekaligus memenangi anugerah ‘Most Beautiful Bike of Show’ pada pameran motosikal EICMA di Milan, Itali yang lalu. Ternyata Ducati Monster 1200S baru sememangnya Monster paling menarik pernah di hasilkan Ducati.
Di kuasakan oleh enjin Testastretta L-twin 1198cc yang menghasilkan 145bhp dan 125Nm tork. Enjin juga turut di tala semula untuk hantaran kuasa pertengahan yang lebih baik, untuk Monster baru memberi prestasi cemerlang pada berat hanya 182kg.
Di sepadukan pada casis baru dan sarat dengan teknologi terkini Ducati, sistem brek dan suspensi spesifikasi tinggi, swingarm sebelah, roda ringan, tempat duduk boleh laras dan reka bentuk baru menghasilkan gaya Monster lebih egronomik dari model sebelumnya. Tambahan sistem Traction Control 8 peringkat, ABS 3 peringkat dan sistem Ride-By-Wire 3 peringkat, menjadikan Monster baru lebih mesra pengguna pada kuasa yang lebih buas.
Ducati Monster 1200S baru tersedia dalam warna merah, dengan casis merah dan roda hitam serta warna putih, dengan casis gangsa dan roda hitam. Ducati Monster 1200S selayaknya di gelar Monster kerana kuasa dan kecanggihanya, namun keindahannya menjadikannya lebih tepat di gelar sebagai " Beauty In The Beast "...
Source & Image, Credit to : Faster and Faster
EmoticonEmoticon