Kawasaki Ninja ZX 150RR New Facelift - Gaya Moden Kekal Relevan

Kawasaki Ninja ZX 150RR New Facelift

Kawasaki Ninja ZX 150RR, di perkenalkan di pasaran Asean pada 2003, antara motosikal popular dalam segmen 150cc 2 lejang di alaf ini, ketiadaan pesaing baru dalam saingan sekelasnya membuatkan Ninja ZX 150RR kekal dominan, khusus untuk penunggang muda atau veteran yang masih dahagakan kuasa pecutan, bunyi nyaring mesin 2 lejang.

Kawasaki Ninja ZX 150RR New Facelift

Masih di teruskan pengeluaran hingga kini, Kawasaki Ninja ZX 150RR masih mengekalkan prestasi enjin 150cc, sejukan cecair dengan sistem Super KIPS, antara enjin paling berkuasa dalam kelasnya. Kekal dengan casis tiub keluli yang ringan, suspensi depan teleskopik dengan sistem monoshock gas boleh laras dan rim tetuang 17inci.

Kawasaki Ninja ZX 150RR New Facelift

Dengan gaya facelift terbaru, walaupun di perkenalkan pada 2012 lalu, Kawasaki Ninja ZX 150RR tetap tampak lebih moden dan terkini, untuk kekal relevan sebaris dengan mesin-mesin canggih terbaru Kawasaki. Mungkinkah Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd akan mengeluarkan facelift terbaru ini di pasaran Malaysia???... Semua rider pasti idamkanya...

Kawasaki Ninja ZX 150RR New Facelift

Related Posts

Load comments

11 Comments