Honda Wave Dash Repsol Edition 2013 - Bergaya Seperti Juara MotoGP

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Boon Siew Honda ( M ) Sdn Bhd telah melancarkan siri baru Honda Wave Dash R dan S SeriesKedua-dua motosikal baru yang menampilkan aerodinamik yang sporty, bergaya dan berprestasi, bersedia untuk menjadi penanda aras dalam segmen motosikal moped di pasaran tempatan.

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Encik Satoshi Okada " Honda Wave Dash R dan S yang di ilhamkan dari warisan Honda Racing yang hebat dalam sukan permotoran yang disasarkan kepada pelanggan yang mahukan motorsikal yang menonjol dan ekonomik. Tambahan pula, Wave Dash R boleh didapati dalam versi oren terang dengan tanda dagang Respol Honda. "

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Beliau berkata lagi, " Dash Wave baru di bina dari empat elemen asas - Ranggi, Bergaya Maju, Berprestasi Tinggi dan Sporty yang menawarkan perjalanan adrenalin hebat di samping mengekalkan ekonomi bahan api , kemampuan, ketahanan baik yang boleh di percayai. "

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Kedua-dua Dash Wave R dan S dikuasai oleh enjin 110cc 4 lejang maju yang menghasilkan kuasa kuda maksimum 6.18kW ( 8.39PS ) pada 7,500 rpm dan tork maksimum 8.15 nM ( 0.83kgf.m ) pada 5500 rpm yang  mengekalkan standard kecekapan cemerlang bahan api Honda. Selain itu, nisbah gear Wave Dash baru yang cekap menawarkan prestasi yang lancar dan ciri-ciri perjalanan yang sangat baik. Enjin ini juga mematuhi piawaian EURO 2 untuk pengeluaran CO2 yang rendah.

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Motor Honda Dash Repsol baru dilengkapi dengan brek cakera depan belakanag yang menawarkan prestasi unggul brek semasa di saat kecemasan. Wave Dash S di lengkapi dengan brek cakera tunggal. Kedua-dua Dash Wave R dan S baru ini mempunyai lampu halogen putih bergaya untuk lebih keselamatan tungangan.

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Di samping itu, reka bentuk lampu belakang kristal eyeline winker dengan gaya tersendiri dan pelbagai reflektor cerah untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kehadiran Wave Dash baru ini di jalanan.

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Reka bentuk sporty dari pelbagai sudut ini juga meliputi dengan paparan speedometer yang jelas , perisai kaki 3D yang meningkatkan aerodinamik dan melindungi penunggang daripada serpihan jalan, muffler ekzos sporty, perisai haba ekzos dan rim lima bilah bergaya dengan kemasan warna oren.

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Motor Honda Wave Dash S terdapat dalam warna Luminous Orange, Force Silver Metallic, Vicacity Red dan Pearl Magellan Black,  dan versi oren Repsol Honda hanya di sediakan untuk Wave Dash R. Harga motor Honda Dash S boleh di dapati pada harga RM5,029,00 manakala Harga Honda Wave Dash Repsol berharga RM5,289.00. Kedua-dua datang dengan setahun atau 20,000 km jaminan pembuatan.

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Honda Wave Dash Repsol Edition 2013

Related Posts

Load comments

61 Comments

  1. sy suka design moto ni.. tapi problem yg sy detect ialiah masalh lampu belakang moto ni yg mudah patah dan bergoyang. sy pernah jumpa customer yg dah beli moto ni dan dia bw terjatuh lubang sikit.. dan lampu belakang moto ni patah.. selepas check.. sy dapati pemegang lampu blakang moto ni plastic yng nipis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. feedback yang baik bro, mungkin masalah ini telah banyak di alami penguna wave dash yang lain dan pasti Honda akan selesaikan masalah ini untuk keluaran akan datang

      Delete
    2. Sy bli bru 2 bln ..mule lmpu blakang patahpemegang..psstu bru2 ni
      bunyi timing..auto cluct dh mula bunyi..moto wt ulang alik keje je..
      Bwk pn 80..paling laju pn 100.menyesal je rase bli model ni.enjin manja

      Delete
    3. Rakan admin juga ada membeli model yang sama di atas, so far masih dalam keadaan bagus, sama juga di gunakan untuk berulang alik ke tempat kerja, mungkin apa yang terjadi adalah masalah komponen kurang berkualiti dari vendor yang menyebabkan terjejas kualiti keseluruhan model. Pihak Honda mesti lebih peka akan hal ini. Terima kasih maklumbalas saudara

      Delete
    4. saya berminat nak beli disebabkan designnya yang cantik, tapi dari 2 komen diatas, terus hilang selera... :-/

      Delete
    5. Bukan semua model begitu, mana2 jenama motorsikal pasti ada sedikit masalah dalam beberapa model di pasaran tapi bukan keseluruhan.

      Delete
    6. org beli guna duit bkn guna daun..model2 honda sebelum ni jarang bermasalah..entah knp model ni byk yg komplen..

      Delete
  2. Kira nya motor ni bermasalah ke?adeii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua bermasalah, kawan2 admin pun pakai sampai bawak masuk hutan, so far everything ok

      Delete
    2. prob tu kami rasa mana2 model pon akan ada, bergantung pada nasib juga.

      Delete
  3. enjin 110 honda memang masalah, beru 12K jalan enjin buyi mcm kapal terbang, honda sekarang tak mcm dulu lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua model bermasalah, jika masih dalam waranti cepat untuk dapatkan baik pulih

      Delete
  4. Antara yamaha lagenda 115z dan honda dash waze R mane lagi ok?

    ReplyDelete
  5. I rasa 115z lagi ok... I baru beli wave dash 3 bulan lepas... auto clutch dah mula bunyi. pastu baru baru ni bila masuk gear, ada bunyi macam gear tak masuk,,, yang paling sedih, habis habis pulas pun maximum 100kmh je... sedih je beli....

    ReplyDelete
    Replies
    1. depend pada faktor tertentu juga, ada yang modelnya baik walaupun guna lasak, paling penting kena jaga rutin maintanance

      Delete
    2. dan skrg sy mengalami masalah mcm cik wilfred.baru 3 minggu pakai chor. ;(

      Delete
  6. Pada mulanya aku nak beli motor ni. Bila dengar banyak problem . Aku sambar sebijik suzuki belang . Memang puas hati , dah berguni yamaha LC aku tapau , FZ pun jadi mangsa aku gak ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. belang memang bagus, sistem enjin dohc dengan carburator vacum, dengan mode tunggangan.

      Delete
    2. Design belang teruk la... Cam moto gaban je aku tengok... Cantik LC

      Delete
  7. moto ni bleh bwk jauh tk? sbb saya ingat kalo saya bwk moto ni saya nk bwk ke tmpat study ky perlis, n saya pun nk ulang alik bwk moto ni ke umah saya kt selangor kalo ade wktu mggu cuti tertentu.. sbb tu saya nk tau brpe kebolehan moto ni sbb saya mmg minat design ni.. please explain boss.. tq

    ReplyDelete
  8. Lc135 ss & lagend 115z & honda wave dash..mne lg ok mohon pandangan...

    ReplyDelete
  9. Nk tanye admin , saya baru pkai 2 mggu tpi bunyi dh lain macam ... mmg mcm tu ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biarlah moto tuh dh lpas 1k jarak perjalanan dan tuka minyak skali.. n then rembat la bro #dashuser

      Delete
  10. Salam Gua pakai moto wave DX..puas hati jugak la .. Xde masalah pon.. Speed dpt 104 km jln street .. Trn bukit pernah dpt 112 km..tp meter die berat .. Pernah test gn kete viva.. Meter aku 104 aku boleh potong meter viva 98 km sekian

    ReplyDelete
  11. Salam gua ada moto wave DX .. Best jugak handling ringan ..pick up pon syok.. Top speed pernah dpt 104 km..turun bukit dpt 112 km..tp meter berat , pernah test gn kete viva . sme berat..

    ReplyDelete
  12. Salam, honda wave aku pakai setahun dah terbakar meletop enjin

    ReplyDelete
  13. Salam. Kat mana boleh saya beli cover set REPSOL motor ni? Area KL.....dan berapa anggaran kosnya? Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, cuba anda tengok di kedai motor sekitar sentul

      Delete
  14. halamak...lepas baca komen hilang selera plak nak sambar

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum..maaf mncelah..boleh cadangkan moped harge max rm5k yg pling ok? Trime kaseh

    ReplyDelete
  16. suami sepupu saya beli dan pergi Thailand dh 4 kali tiada masalah. Jadi kemungkinan saya akan mendapatkan juga motor model ini.

    ReplyDelete
  17. teringin membeli..enjin dash versi ini sama dgn dash yg lama?

    ReplyDelete
  18. Antara moto ni dengan modenas ct 115s mne lagi ok...betul ke sparepart modenas lagi mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua2 pun bagus bro, cuma dari segi design dan warna wave ni memang mari la, tapi prestasi tak jauh beza

      Delete
  19. honda.pakai stahun bunyi auto clutch...moto lain xde plak..ulang alik keje..80km/j je pon..rugi pon ade rasenye...email honda pon xde feedback..nk repair ntah ade sparepart ntah tidak...rugi2...

    ReplyDelete
  20. sy pkai dh staun xda prob. siap topsped bole naik smpai 120.. yg pnting maintainance mau jga.. minyak itam sblan skli tkar sbb gna p kja tiap hri..

    ReplyDelete
  21. Tangkap yamaha y15zr puas hati wlupn mahal..

    ReplyDelete
  22. Dh booking...esok nk serah d/p.. emm bila baca,rasa nk kena tgk moto lain la plakkk..huhu

    ReplyDelete
  23. topspeed just 100-110 klaw trun bukit, tu pon lmbat .. bg pandangan sikit nk tmbah laju

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  24. Antara lagenda 15zr dengan wave dash yg mana lagi is okay? Tgh plan nak beli

    ReplyDelete
  25. Aku nak beli cash ni. Doa2 lah tak da masalah k. Thanks for all opinions.

    ReplyDelete
  26. boleh ke motor wave dash repsol sya nk bawak ke kedah sya stay dkat kelntan? Mohon komen..😄

    ReplyDelete
  27. Ade tk sape yg jual cover set wave dash repsol...whatsapp sye 0139595972..egn.

    ReplyDelete
  28. kalau tengok ke design dan safety honda dash menang tapi spec dan performance lagenda 115z fi lagi mantap.. antara dua ni which is yang terbaik ?? confius nk beli yg mna..

    ReplyDelete
  29. Combi sprocket main long elok mane ek bro? Utk moto ni

    ReplyDelete
  30. baru angkat 1 minggu angkat moto ni lampu gear x nyala,cermin sisi longgar dan lampu break mcm nak patah..T^T warantty baru setahun je bayar moto smpai 6k++ sedih2

    ReplyDelete
  31. Antara Suzuki Axelo dengan Honda Wave Dash ni yang mana ok? dengar kata Enjin Suzuki tahan lasak .Sebab tu jarang kita tengok motor Suzuki tersadai di bengkel.

    ReplyDelete
  32. Salam sejahtera admin..nak tanya..knapa motor ni kuat mkan minyak petrol..sbb bila pakai yamaha lc isi rm6 boleh ulang-alik kerja.tp bila pakai honda ni isi petrol rm 6 dpt pergi je..balik kene topup lg rm2..boleh bg penjelasan x??

    ReplyDelete
  33. Tuning semula sistem carburator, makesure air filter tidak tersumbat dan cuci. Sistem pencucuh api plug pastikan ok. Salah satu faktor di atas mungkin penyumbang kuat petrol.

    ReplyDelete
  34. Aku pakai honda wave dash V3
    Tiada masalah pikap pjn cun 115kmj
    Turun bukit 120kmj
    Mnyak pun jimat
    Hraga pun sesuai motor pun bergaya
    5 bintang aku bagi terbaik

    ReplyDelete