Showing posts with label Moped. Show all posts
Showing posts with label Moped. Show all posts

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018? seperti yang di nyatakan sebuah laman sesawang Mekanika dengan gambar spyshot yang di perolehi dari sumber dalaman Modenas. Inilah gambaran paling jelas model moped 150cc tempatan dari Modenas yang sangat di tunggu oleh ramai peminat kapcai tempatan. 

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Ini adalah imej paling jelas model dari Modenas 150cc yang bakal di lancarkan. Yang menarik Modenas membangunkan model ini menerusi kepakaran 100 peratus dari jurutera tempatan yang di hantar untuk membuat penyelidikan dan pembangunan di Universiti Graz di Austria.

Sejak perancangan model ini dibuat beberapa tahun lepas, pembangunannya berterusan dengan siri ujian demi ujian untuk memastikan Modenas 150cc benar-benar lasak sebelum di perkenalkan di pasaran.

Seperti yang dinyatakan laman sesawang Mekanika, apa yang menjadikan Modenas 150cc lambat di lancarkan kerana Modenas tidak mahu mengulangi kesilapan sebelum ini dengan hanya mengikut jadual tetapi sebenarnya produksi motosikal belum benar-benar diuji dengan keadaan persekitaran tempatan.

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Mereka bukan sahaja mahu menghasilkan enjin yang benar-benar lasak tetapi juga setiap komponen motosikal ini boleh bertahan untuk jangkamasa panjang.
“Kami telah menukar beberapa peralatan asal dalam lakaran untuk pastikan ianya teruji, malah hari ni pun ujian lapangan masih lagi dibuat. Ia motosikal Modenas paling banyak masa menghabiskan masa di jalanraya,” ujar sumber yang rapat dengan pembuat motosikal Nasional itu.
Logiknya, lihat sahaja motosikal “jenama terkenal” sekarang yang menghadapi banyak isu kualiti. Bukan hanya masalah kualiti semata-mata tetapi poliferasi pengguna yang sudah berubah. Motosikal kapcai kini dipandu dalam jarak yang lebih jauh, infrastruktur lebuhraya kita semakin panjang malah lebuhraya antarabandar juga sudah banyak.
“Profil pengguna sudah berubah, mereka banyak gunakan lebuhraya terbuka yang mana throttle diperah maksimum. Kami perlu pastikan motosikal ini menepati kriteria tersebut, Sepatutnya kami lancarkan 150cc ini lebih awal, tapi proses ujian mengambil masa lebih lama dari yang kami jangkakan. Ia adalah produk 100 peratus tempatan dan kami mahu jadikannya yang terbaik”
Menerusi foto yang diperolehi juga, rekabentuknya supermoped kelihatan ia cukup sporty. Ia merupakan kapcai pertama yang dibina dengan kerangka trellis sepenuhnya.

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Bukan sekadar gimik tetapi konstruksi keseluruhan badan motosikal ini TIDAK menggunakan kerangka berlian (diamond frame) berbeza dari cara kapcai biasa dibuat. Lihat foto yang di zoom in di bawah, kelihatan bahagian enjin di cantumkan terus pada kerangka trellis yang dimaksudkan.

Turut kelihatan ialah brek hadapan dengan cakera beralun (petal disc). Roda belakang juga dilengkapi dengan brek cakera tunggal dan jika anda lihat dengan lebih dekat, kedudukan perehat kaki hadapan dipasang pada kerangka pusat lengan ayun belakang. Bukannya di bahagian bawah enjin sebagaimana kapcai biasa.

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Modenas 150cc dijangka akan ke pasaran pada awal tahun 2018 dengan tag nama GT150 atau sesuatu seperti itu. Ia belum muktamad tetapi itu adalah nama terdekat yang anda boleh bayangkan setakat hari ini. Modenas akan memperkenalkan satu lagi motosikal sebelum itu iaitu streetbike Dominar 400cc yang di jangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Sumber : Mekanika

Tiga Warna Baru Honda RS150R 2017, Harga Dari RM8,478

Tiga Warna Baru Honda RS150R 2017, Harga Dari RM8,478 dilihat mampu menambah pilihan bagi peminat permotoran yang bakal menjadi penunggang baru RS150R 2017 ini. Menarik kerana sebelum ini Boon Siew Honda terus mengeluarkan skim warna Repsol, mungkin strategi pemasaran bagi menarik terus pengguna yang dilihat sangat terpengaruh dengan imej racing.

Tiga Warna Baru Honda RS150R 2017, Harga Dari RM8,478

Honda RS150R 2017 di kuasakan enjin empat lejang satu silinder DOHC 149.7cc empat injap mampu menghasilkan 15.6hp pada 9,000 rpm dan kuasa tork 13.5Nm pada 6,500 rpm, dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI Honda, RS150R telah mematuhi peraturan Euro 3. Tapi jika RS150R di lengkapi sistem gear enam kelajuan pasti lebih menarik berbanding empat kelajuan ketika ini.

Tiga Warna Baru Honda RS150R 2017, Harga Dari RM8,478

Mengunakan kerangka jenis bingkai perimeter berkembar, suspensi depan dari jenis teleskopik dan penyerap kejutan tunggal di bahagian belakang. Sistem brek mengunakan cakera hidraulik depan dan belakang yang berukuran 296mm depan dan 190mm belakang. Berat RS150R sekitar 122 kg, dengan ketinggian 764 mm. Tangki bahan api mampu memuatkan 4.5 liter petrol.

Tiga Warna Baru Honda RS150R 2017, Harga Dari RM8,478

Ruang simpanan di bawah seat di lihat cukup luas, cluster instrumen dilengkapi dengan speedometer analog dengan skrin LCD yang menunjukkan informasi tolok bahan api, odometer dan jam. Lampu depan utama menggunakan lampu LED.

Tiga Warna Baru Honda RS150R 2017, Harga Dari RM8,478

Honda RS150R 2017 tersedia di semua bilik pameran Honda seluruh Malaysia bermula dari 7 Ogos 2017. Persaingan kepada Honda RS150R ialah Yamaha Y15ZR, yang di jual pada harga RM8,361 pada tahun 2017 yang juga terdapat dalam tiga warna. Tapi jangan di lupa Benelli RFS 150i...


Tiga warna baru Honda RS150R 2017 ialah Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue pada harga RM8,478 manakala Pearl Metallic White (Trico) dan Repsol (versi 2016) sekitar RM8,796. Harga termasuk GST, tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran, dan RS150R datang dengan jaminan pembuatan dua tahun atau 20,000 km, yang mana lebih awal.

Empat Warna Baru Yamaha Y135LC 2017, Harga Asas RM7,167

Empat Warna Baru Yamaha Y135LC 2017, Harga Asas RM7,167? bagi tidak melupakan model moped yang paling popular sebelum kemunculan Y15ZR, Hong Leong Yamaha memberikan nafas warna baru supaya korang tak lupa Y135LC ini tetap wujud dan utuh.

Empat Warna Baru Yamaha Y135LC 2017, Harga Asas RM7,167

Yamaha Y135LC 2017 di kuasakan enjin empat lejang silinder tunggal 134 cc SOHC sejukan cecair mampu menghasilkan kuasa kuda sebanyak 11.97hp @ 8500 rpm dan 11.79Nm tork pada 5500 rpm. Walaupun hanya mengunakan sistem karburator, ianya tetap efisyen dengan sistem empat gear kelajuan. Jangan banyak complain ini pun dah memadai untuk Y135LC memecut dengan pantas... nak laju pakai superbike ok...

Empat Warna Baru Yamaha Y135LC 2017, Harga Asas RM7,167

Tangki bahan api mampu memuatkan petrol 4-liter dengan berat kering hanya 105 kg dan ketinggian tempat duduk 775 mm. Fork depan dari jenis teleskopik dan suspensi belakang dari jenis Yamaha Monocross yang secara keseluruhan ianya cukup selesa.

Empat Warna Baru Yamaha Y135LC 2017, Harga Asas RM7,167

Y135LC mengunakan cakera brek tunggal pada roda hadapan dan brek dram di belakang, dan di lengkapi dengan roda aloi standart 17-inci. 

Empat Warna Baru Yamaha Y135LC 2017, Harga Asas RM7,167

Empat Warna Baru Yamaha Y135LC 2017, Harga Asas RM7,167 yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans atau pendaftaran, dan warna-warna baru boleh di dapati dengan segera di bilik pameran Hong Leong Yamaha Malaysia yang sah.

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 Berharga RM8,846

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 Berharga RM8,846 termasuk GST. Harga tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans. Dan ianya terhad 5000 unit sahaja untuk seluruh Malaysia.

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 Berharga RM8,846

Kemunculan model terhad ini boleh dikatakan sebagai strategi marketing yang simple tapi berkesan...Sebagai serampang dua mata daripada aktiviti promosi MotoGP pada bulan Oktober di Cirucit Sepang Antarabangsa, sudah pasti edisi terhad Y125ZR Movistar Limited Edtion ini akan menjadi kebanggaan dan nilai sentimental value pada pemilik bertuah model ini.

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 Berharga RM8,846

Serba serbi mengenai spesifikasi enjin , suspensi dan rekabentuk model Y125ZR Movistar Limited Edition ini masih kekal seperti model sebelum ini, tidak perlu kecewa kerana prestasi kuasa Y125ZR standart sebenarnya sudah cukup bagus dalam kategorinya... kalau tak puas hati upgrade jela superbike bukan payah pun kan...

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 Berharga RM8,846

Apa yang istimewa pada Y125ZR Movistar Limited Edition ini? setiap model edisi terhad ini akan ditandakan dengan lambang edisi pada cowling depan berserta dengan nombor siri. 

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 Berharga RM8,846

Pemilik bertuah Y125ZR Movistar Limited Edition ini juga akan menerima sijil yang dicetak dengan nombor unik casis dan nombor enjin edisi khas, bersama-sama dengan t-shirt Y125ZR dan poskad foto koleksi model ini.

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 Berharga RM8,846

Pasti ramai yang mengidam no 0046, 0025 milik Valentino Rossi dan Maverick Vinales... tapi dengar khabar HLYM simpan model 0046 dan 0125 dalam arkib mereka... melepas ler korang...

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 Berharga RM8,846

Yamaha Y125ZR Movistar Special Limited Edition 2017 boleh di dapati di dealer Hong Leong Yamaha Malaysia terdekat dengan anda. 

Modenas Dinamik 120 2017 Dengan Warna Oren Baru Menyerlah

Setelah kali terakhir Modenas memberi warna biru memukau pada Dinamik 120 2015, terbaru Modenas kembali memantapkan segmen pasaran dua lejang di Malaysia apabila FB Modenas telah memuat naik gambar terbaru Modenas Dinamik 120 2017 Dengan Warna Oren Baru Menyerlah khas untuk pasaran tahun 2017 ini.

Modenas Dinamik 120 2017 Dengan Warna Oren Baru Menyerlah

Modenas Dinamik 120 tidak dapat di nafikan popularitinya kembali mendapat tempat di hati peminat permotoran di Malaysia apabila dua versi warna sebelum ini kuning, merah dan biru laris di pasaran. Ini membuktikan dengan sedikit sentuhan warna dan grafik pasti akan menarik perhatian sama seperti di lakukan Yamaha.

Modenas Dinamik 120 2017 Dengan Warna Oren Baru Menyerlah

Dengan hanya perlu rebadge model Dinamik 120 yang telah di keluarkan pada tahun 2001 lalu, kini model yang telah berusia 17 tahun ini tetap menarik di samping mengekalkan prestasi yang terbukti di jalanan.

Modenas Dinamik 120 2017 Dengan Warna Oren Baru Menyerlah

Modenas Dinamik 120 oren 2017 boleh di dapati di pengedar Modenas yang terdekat dengan anda, harga Modenas Dinamik 120 di pasaran sekitar RM6,600 ( tidak termasuk insurans dan cukai ). Modenas Dinamik 120 oren 2017 akan memenuhi jalanraya Malaysia selepas ini... Sumber

Honda EX5 Dream Fi Edisi Ulang Tahun Ke 30 Di Malaysia, Harga Dari RM4,906

Siapa tidak kenal moped ikonik hebat di Malaysia ini, dari mat-mat despatch hingga ma-mat motor, EX5 menjadi pilihan kerana keunikkan gaya sempoi bersahaja dan penjimatan bajan api yang luar biasa. Kini Honda EX5 Dream Fi Edisi Ulang Tahun Ke 30 Di Malaysia, Harga Dari RM4,906 dan mula di perkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 1987, Honda EX5 terjual lebih daripada dua juta unit sejak kemunculan sulung.

Honda EX5 Dream Fi Edisi Ulang Tahun Ke 30 Di Malaysia, Harga Dari RM4,906

Model istimewa Honda EX5 ulang tahun ke 30 ini di kuasakan enjin satu silinder OHC 109,17 cc sejukan udara. Menghasilkan 8.35 hp pada 7,500 rpm dan 8.4 Nm tork pada 6,000 rpm. Kuasa yang terhasil dari enjin lasak ini di salurkan ke gear empat kelajuan mesh dengan clutch centifugal basah.

Honda EX5 Dream Fi Edisi Ulang Tahun Ke 30 Di Malaysia, Harga Dari RM4,906

Juga di lengkapi dengan sistem suntikan bahan api Honda PGM-Fi dengan tangki petrol mampu memuatkan tangki 4.3 liter. Dengan brek drum depan dan belakang. Honda EX5 Dream Fi seberat 98 kg, penambahan starter elektrik sedikit menambah berat. 

Honda EX5 Dream Fi Edisi Ulang Tahun Ke 30 Di Malaysia, Harga Dari RM4,906

Terdapat tiga pilihan warna utama untuk Honda EX5 Dream Fi Edisi Ulang Tahun Ke 30 ini - Marianna Purple Metallic, Candy Scintillate Red dan Pearl Nightfall Blue – dan versi rim cast istimewa dengan warna Pearl Magellanic Black.

Honda EX5 Dream Fi Edisi Ulang Tahun Ke 30 Di Malaysia, Harga Dari RM4,906

Harga Honda EX5 Dream Fi edisi ulang tahun ke 30 ini boleh didapati pada harga asas RM4,906.74 untuk model kickstart dan rim standart, dan model elektrik starter dengan sport rim masing-masing pada harga RM5,150.54 dan RM5,404.94. Semua harga termasuk GST, tetapi tidak termasuk pendaftaran, insurans dan cukai jalan.

Honda EX5 Dream Fi Edisi Ulang Tahun Ke 30 Di Malaysia, Harga Dari RM4,906

Sebagai merayakan ulang tahun ke 30 Honda EX5 di Malaysia tahun ini, Honda dan laman sesawang LoveCubSnap menawarkan semua peminat Honda Cub di seluruh dunia berkongsi gambar anda bersama motor Honda kesayangan anda yang akan di abadikan dalam laman sesawang istimewa ini.

Warna Baru Yamaha Lagenda 115Z 2017, Harga Asas RM5,683.72

Hong Leong Yamaha Malaysia kembali memperkukuhkan segmen moped mereka dengan menampilkan Warna Baru Yamaha Lagenda 115Z 2017, Harga Asas RM5,683.72 termasuk GST (harga asas tidak termasuk cukai, pendaftaran dan nombor plat).

Warna Baru Yamaha Lagenda 115Z 2017, Harga Asas RM5,683.72

Yamaha Lagenda 115Z 2017 kekal dengan spesifikasi asal dan tiada perubahan di bahagian enjin mahupun rekabentuk keseluruhan. Di jana enjin satu silinder 113cc 4 lejang SOHC, dengan di padankan transmisi 4 kelajuan yang menghasilkan 7.4kW pada 7750 rpm dan 9.9nM pada 6250rpm.

Warna Baru Yamaha Lagenda 115Z 2017, Harga Asas RM5,683.72

Dan tidak lupa ianya juga mengunakan sistem suntikan bahan api yang memberikan lebih penjimatan bahan api di samping menyuntik lebih kuasa daripada sistem karburator dari model Lagenda sebelum ini.

Warna Baru Yamaha Lagenda 115Z 2017, Harga Asas RM5,683.72

Menampilkan tiga warna dan design corak baru iaitu merah, hitam dan biru, nampkanya Yamaha tidak lupa memberi sedikit perubahan pada model berkuasa kecil ini di Malaysia. Apa pun Yamaha Lagenda 115Z tetap antara model yang menjadi pilihan penunggang di Malaysia.

Honda Wave 125i 2017 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM6,263

Honda Wave 125i 2017 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM6,263 untuk model brek cakera tunggal dan RM6,549 untuk model brek cakera depan dan belakang oleh pengedar motorsikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda, tetapi harga asas tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Honda Wave 125i 2017 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM6,263

Honda Wave 125i 2017 di kuasakan oleh enjin satu silinder empat lejang sejukan udara 124.9 cc, dengan sistem suntikan bahan api PGM-Fi.  Wave 125i mampu menghasilkan kuasa kuda maksimum 9hp pada 7,500 rpm dan 10Nm kuasa tork maksimum pada 5,500 rpm, bagi melancarkan kuasa enjin ini, Wave 125i lengkap dengan kotak gear empat kelajuan auto, dengan rantai sebagai pacuan akhir.

Honda Wave 125i 2017 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM6,263

Tangki bahan api mampu memuatkan petrol sebanyak 5.4 liter, dan berat basah Wave 125i ialah 105kg bagi Wave 125i cakera tunggal dan model dwi-cakera 2 kg lebih berat. Ruang penyimpanan di bawah tempat duduk seluas 18-liter, cukup untuk memenuhi topi keledar jenis fullface.

Honda Wave 125i 2017 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM6,263

Honda Wave 125i 2017 di kelaskan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Honda mendakwa Wave 125i boleh di tunggang sejauh 300 km dari mula bahan api di isi dan ujian adalah berdasarkan standard ujian ECE R40.

Honda Wave 125i 2017 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM6,263

Dari segi rekabentuk, lampu ekor belakang dan lampu penunjuka arah signal bersepadu sebagai satu unit tunggal. Ramai pengguna kapcai di Malaysia yang agak tidak senang dengan unit lampu signal di asingkan kerana selain mudah patah, ianya di lihat tidak cukup bergaya. Dan Honda telah memperbaiki keadaan ini melalui Wave 125i.

Honda Wave 125i 2017 Di Lancarkan, Harga Asas Dari RM6,263

Honda Wave 125i 2017 boleh di dapati dalam warna pilihan iaitu  - Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue dan Sword Silver Metallic. Bakal pembeli Honda Wave 125i 2017 akan menikmati jaminan dua tahun atau 20,000 km dengan satu tahun tambahan atau 10,000 km dilanjutkan jaminan bagi enjin. Honda Wave 125i boleh di dapati mulai esok di semua pengedar Boon Siew Honda terpilih.

Boon Siew Honda Malaysia Lancar Honda Wave Dash Fi 2017

Boon Siew Honda Malaysia Lancar Honda Wave Dash Fi 2017 di eCurve Mall, Petaling Jaya Malaysia yang lalu. Dan Wave Dash Fi 2017 ini kami anggarkan telah masuk siri ketiga varian model Wave Dash bermula dari 2016 lalu.

Boon Siew Honda Malaysia Lancar Honda Wave Dash Fi 2017

Sama seperti Honda Wave Dash Fi Limited yang di lancarkan pada 2016 lalu. Honda Wave Dash Fi menerima sedikit peningkatan kuasa kuda, oklah dari tiada perubahan langsung kan. Kerana model ini pun sudah cukup baik dari segi spesifikasi.

Boon Siew Honda Malaysia Lancar Honda Wave Dash Fi 2017

Honda Wave Dash Fi di kuasakan enjin empat lejang 109 cc satu silinder, sejukan udara yang di padankan dengan kotak gear empat kelajuan automatik dengan klac jenis emparan. mampu mencapai kuasa kuda maksimum 8.6hp pada 7,500 rpm dan kuasa tork maksima 11.61 Nm pada 6,000 rpm. 

Boon Siew Honda Malaysia Lancar Honda Wave Dash Fi 2017

Sedikit peningkatan 0.22hp sudah cukup memadai apatah lagi ianya model jalanan serbaguna yang masih mengekalkan penjimatan bahan api dan ianya semakin baik. Wave Dash Fi 2016 sebelum ini mencatat angka 1.70 liter / 100 km dan terkini Wave Dash Fi 2017 dengan angka penjimatan sebanyak 1.63 liter / 100 km dengan berat 102 kg untuk 'S', dan 104 kg untuk 'R'.

Wave Dash Fi 'R' Repsol berharga RM6,337.74

Honda Wave Dash Fi 2017 di datangkan dalam dua varian - model jenis S dengan cakera brek tunggal berharga RM5,860.74 dan model R dengan brek cakera depan dan belakang pada RM6,178.74 termasuk GST. Wave Dash Fi 'R' Repsol berharga RM6,337.74, termasuk GST. Semua harga tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Warna pilihan?... Selain dari skim warna Repsol yang agak mahal itu, ada pilihan warna lain seperti merah, hitam dan biru. Pilih sahaja samada model S atau R.

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123 setelah baru-baru ini Modenas telah mengeluarkan teaser kemunculan Kriss MR versi kedua ini. Apa yang menarik mengenai Kriss MR2 ini? pertama namanya sendiri Kriss merupakan model motorsikal nasional bagi rakyat Malaysia dan MR itu sendiri bermaksud "Motorsikal Rakyat". 

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123

Signifikasi Kriss MR2 ini sebagai motorsikal rakyat, sudah tentu Modenas mahu menjadikan Kriss MR2 ini sebagai motorsikal pilihan rakyat Malaysia yang mahukan motorsikal murah dengan kualiti terbaik dan tahan lasak, di samping dengan rekabentuk yang menarik perhatian. Sudah tentu golongan muda adalah target pasaran bagi MR2 ini.

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123

Modenas Kriss MR2 di kuasakan enjin empat lejang satu silinder 110 cc SOHC sejukan udara dengan suapan karburator, jika di pasang sistem suntikan bahan api, ianya pasti lebih mahal...

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123

Mampu menghasilkan kuasa kuda maksimum 8.3hp pada 7,500 rpm dan kuasa tork maksimum 8.2Nm pada 5,500 rpm, sebagai sebuah moped 110cc ianya tetap mengunakan kotak gear empat kelajuan. Berat kering untuk MR2 adalah 94.5 kg dan ketinggian tempat duduk 760 mm.

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123

Tangki bahan api Kriss MR2 mampu memuatkan petrol sehingga 4.5 liter dengan tempat ruangan penyimpanan barang 6.6 liter yang mampu memuatkan topi keledar jenis half-shell dan juga barangan kecil lain seperti tas tangan amnya... sebagai langkah keselamatan sila simpan barangan bernilai anda di ruangan bawah seat ini.

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123

Sistem suspensi depan mengunakan fork jenis teleskopik, itu kebiasaan model seperti ini dan suspensi belakang dari jenis absorber boleh laras pra beban. Sistem brek depan agak unik kerana mengunakan cakera berkelopak seperti model perlumbaan dan terbukti ianya lebih cekap dan brek belakang jenis drum, dengan rim bersaiz 17 inci, ianya sangat bergaya bagi sebuah motorsikal yang murah.

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123

Tiga pilihan warna Modenas Kriss MR2 2017 - kuning, biru dan merah. Harga Modenas Kriss MR2 2017 ialah RM4,123 termasuk GST - harga sebelum GST MR2 sebanyak RM3,890. Kami sukakan Kriss MR2 ini, ianya murah dan bergaya.

Modenas Kriss MR2 2017 Di Lancarkan, Harga RM4,123

Spesifikasi Modenas Kriss MR2 2017


Jenis: 4 lejang, SOHC, 1 silinder
Bore x Stroke: 50.00 mm x 55.6 mm
Sesaran: 109.2 cm³
Sistem penyejukan: udara disejukkan
Nisbah mampatan: 8: 8: 1
Spark Plug: CHAMPION RG4HC
Sistem Carburetion: Karburetor, PZ19
Ignition System: Magneto ke CDI
Memulakan sistem: Kick Primary & Starter Electric
Kuasa maksimum: 6.2kW @ 7,500rpm
Torque maksimum: 8.4N-m @ 5,500rpm
Min. Turning Radius: 3.8 m
Enjin minyak kapasiti: 1.0L
Fuel Tank kapasiti: 4.5L
Bateri: 12V 6Ah
L x W x H: 1,900 mm x 685 mm x 1100 mm
Jarak roda: 1240 mm
Berat kering: 94.5 kg
Jenis: Pipe Backbone, Steel Pipe
Tires: FR: 70 / 90-17 "38P, RR: 80 / 90-17" 44P
Brek: cakera FR, Drum RR
Penggantungan: FR: teleskopik Fork, RR: Trailing swingar

Benelli RFS 150i 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi, Harga Asas Dari RM7,407

Benelli RFS 150i 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi, Harga Asas Dari RM7,407 untuk model asas RFS 150i dan RM7,778 bagi RFS 150i SE (termasuk GST), tidak terlalu terkejut mengenai berita kerana sebelum ini pun ura-ura Benelli akan membawa masuk model moped 150cc ke Malaysia telah pun viral sejak beberapa bulan lalu.

Benelli RFS 150i 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi, Harga Asas Dari RM7,407

Nampaknya khabar hanya Modenas sahaja yang tak akan mengeluarkan moped Modenas 150cc dan kita mungkin sudah boleh melupakan kisah Modenas kerana Benelli tidak akan mengecewakan peminat moped 150cc di rantau ini. Selamat datang Benelli RFS 150i dan kini Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R sudah mendapat pesaing baru!

Benelli RFS 150i 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi, Harga Asas Dari RM7,407

Sejauh manakah hebatnya prestasi yang bakal di tampil dari spesifikasi RFS 150i ini? apa yang dapat kami katakan ianya di kuasakan enjin dan sistem yang lebih up to date, secara ringkas RSF 150i di kuasakan enjin empat lejang satu silinder 149cc sejukan cecair yang menghasilkan 15.5hp pada 8,500 rpm dan 13Nm tork pada 7,000 rpm di kawal melalui transmisi 6 kelajuan dengan sistem klac basah. Tidak pasti samada mengunakan sistem DOHC atau SOHC...

Benelli RFS 150i 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi, Harga Asas Dari RM7,407

Apa yang menarik dan lebih ke hadapan dari pesaing sedia ada, RFS 150i hadir dengan konfigurasi unik 3 palam pencucuh pada kepala silinder, itulah di namakan B3SP! dengan sistem suntikan bahan api dan ECU, ianya di reka untuk mengoptimumkan kecekapan bahan api dan menghasilkan kuasa optimum, di samping mengurangkan pelepasan gas berbahaya. Hebat kan...

Benelli RFS 150i 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi, Harga Asas Dari RM7,407

Benelli RFS 150i di lengkapi dengan sistem suspensi fork depan terbalik dan suspensi monoshock belakang. Sistem brek dari jenis angkup hidraulik dengan disc 240mm depan dan disc belakang 220mm. Tangki bahan api mampu menampung 4.8 liter petrol di bawah seat dan dengan berat kering hanya 115kg, ianya cukup ringan bagi moped berkuasa 150cc ini.

Benelli RFS 150i 2017 Di Lancarkan Secara Rasmi, Harga Asas Dari RM7,407

"Riders For Speed" itulah maksud sebenar bagi Benelli RFS 150i ini, dan segala spesifikasi RSF 150i di atas sudah cukup mengambarkan Benelli serius untuk bersaing dengan Y15ZR dan RS150R. Terdapat tiga pilihan warna untuk Benelli RFS 150i 2017 iaitu kuning, merah dan biru, dan RSF 150i SE dengan hanya warna Matte Gray.