Showing posts with label Custom Bike. Show all posts
Showing posts with label Custom Bike. Show all posts

Yamaha XJR 1300 Skullmonkee Dari Paris

Yamaha XJR 1300 adalah sebahagian model retro bercirikan moden yang boleh di sesuaikan dengan pelbagai versi edisi khas yang boleh di sesuaikan pada model ini. Terkini yang menarik perhatian XJR 1300 Skullmonkee di bina oleh Wrenchmonkees. Bingkai casis di pendekkan, tangki bahan api  dan lampu lebih kecil adalah ciri penting pada XJR 1300 Skullmonkee ini.

Yamaha XJR 1300 Skullmonkee

The W'monkees telah membuat beberapa perubahan yang bijak dengan mengubah XJR standard, termasuk CNC-milled aluminium triple trees ciptaan dan juga penutup enjin, black aluminium clip-ons dan Biltwell grips, MMB mini digital speedo dengan lampu unik custom-made yellow illumination.

Yamaha XJR 1300 Skullmonkee

Sistem brek di baik pulih sepenuhnya, setup penuh dari Beringer, termasuk brek cakera Hypersport dan kaliper Beringer, brake master cylinder di padankan bersama clutch master dan black steel-braided hoses. Rear sets aluminium Matt hitam telah di sesuaikan untuk kedudukan menunggang yang lebih agresif, dan di tambah suspensi Öhlins STX 36 untuk pengendalian yang lebih baik. Roda XJR standard di kekalkan, tetapi kini di padankan tayar Michelin Pilot Road 4s  untuk cengkaman yang lebih baik.

Yamaha XJR 1300 Skullmonkee

Tambahan lain pada XJR1300 Skullmonkee termasuk steering damper dari LSL Titan, Wrenchmonkees custom rear bracket dengan lampu belakang LED dan sistem ekzos keluli tahan karat 4-ke-2. Lengkap warna hitam paintjob gloss dengan lambang tangki Skullmonkee dan beberapa sentuhan jalur emas melengkapkan pakej, yang merupakan penghargaan ulang tahun ke-20 daripada Yamaha XJR1300 kepada Yamaha. Sumber: fasterandfaster

Awesome!!! - Tron Legacy Superbike Di Jumpai Di Dubai


Tron Legacy sebuah motorsikal futuristik paling seksi dan cool yang pernah di hasilkan. Rekaan Darren Gilford ini juga merupakan daya penarik yang membuatkan penonton masih mengingati filem ini sehingga ke hari ini.

Hasil ilham Tron Legacy telah memberi ispirasi kepada ramai tuner dari seluruh dunia untuk menghasilkan Tron versi sendiri. Jika di dalam filem, Tron di guna untuk pertarungan, tapi lain hal di Dubai. Tron Legacy milik sebuah Bikers Cafe Dubai yang di beri nama NeuTron Bike di gunakan sebagai daya penarik Cafe itu.

Di miliki oleh Parker Bros Concept, NeuTron Bike yang menyerlah dengan barisan lampu LED apabila di tunggang di waktu malam. Jika anda hartawan seperti orang Dubai, motorsikal futuristik ini akan di jual pada yang berkemampuan.






Source & Image, Credit To: bikercafeblog

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

Tahun 2013 menyaksikan kebangkitan mendadak segmen motosikal custom dan model cafe racer yang mula mendapat perhatian dan pengiktirafan dari peminat permotoran sedunia. Pengeluar utama dunia seperti Yamaha Eropah dan BMW mula berkerjasama rapat dengan pembina hebat seperti Deus,Blitz dan Roland Sands untuk turut bermain dalam segmen ini. Berikut adalah top 10 motosikal custom terbaik 2013 yang di senaraikan oleh website motorsikal custom terkemuka iaitu bikeexif.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

1. Honda CB Cafe Racer oleh Classified Moto ( atas ). Untuk kali kedua berturut-turut, motorsikal custom milik Moto Classified kekal di teratas. John Ryland mencipta 'Superstrada' tersendiri dengan mengabungkan Honda CB750F 1980 Super Sport, fork hadapan Yamaha YZF-R6 dan single sided Ducati swingarm. Seolah tiada yang salah pada nilai estetika motor ini.


2. Ducati Monster 1100 oleh JvB-Moto ( atas ). Sepuluh tahun lalu, Jens vom Brauck memenangi Ducati’s International Design Contest dengan model konsep retro-futuristik yang di kenali sebagai 'Flat Red.' Beliau kini merupakan pembina yang cukup ternama dengan rentetan mesin yang di ketengahkan. Pada festival Glemseck 101 di Jerman, sekali lagi Jens mendedahkan model Flat Red II.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

3. Ducati 900 oleh Walt Siegl ( atas ). Kesenian tidak datang pada tag harga yang murah. Walt Siegl telah mengambil langkah yang besar untuk membetulkan ketidakseimbangan pada Leggero siri baru beliau, ini adalah mesin keluaran terhad berdasarkan model Ducati 2 injap 900cc.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

4. Honda CX500 oleh Mateusz Stankiewicz ( atas ). CX500 adalah motorsikal yang sukar di bina namun boleh di percayai, dan masih murah di pasaran terpakai. Model dari 1982 ini di bina oleh seorang jurugambar Warsaw dan garage Eastern Spirit, merupakan kejutan 2013.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

5. Yamaha SR500 oleh Analog Motorcycles ( atas ). Tony Prust telah membina motorsikal custom kelas pertengahan dengan cukup elegan. Yamaha SR500 1979 ini adalah mesin untuk tunggangan santai pada malam hujung minggu, dengan tempat duduk dua orang yang cukup besar dan selesa.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

6. Kawasaki W650 oleh Skuddesign ( atas ). Nicolas Barthelemy telah menggabungkan elemen drop-dead gorgeous looks dan praktikal yang sememangnya sesuai untuk Kawasaki ini. "Saya mahu mencantumkan nilai estetik, brat style dan street tracker untuk mewujudkan sebuah motosikal yang sepadan dengan dunia saya," kata beliau.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

7. Moto Guzzi V50 oleh Rno Cycles ( atas ). Kebiasaan Moto Guzzi di bina dalam gaya 'klasik' cafe racer, warna kusam dan logam yang terdedah. Menarik untuk di lihat seseorang yang melakukan pendekatan yang bertentangan dari kebiasaan Moto Guzzi. Model V50 ini di panggil 'Opal' dan berasal dari Arno Overweel Belanda.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

8. Harley dual sport oleh Carducci ( atas ). Sportster Harley dual sport bike? kedengaran mustahil, tetapi jurutera Jim Carducci seolah telah membina Harley baru, dengan kuasa tork yang baik di tambah roda belakang saiz 8 inci dan 10 inci di hadapan, ia berfungsi dengan baik sebenarnya.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

9. Triumph Bonneville oleh MeanMachines ( atas ).Triumph Bonneville ini kelihatan hebat dengn dua tayar besar hasil kerja dari MeanMachines, sebuah kedai dari Australia yang bukan asing kepada pemilik Bonnevilles dan Thruxtons tempatan. Wenley Ng telah mengubah 'klasik moden' Triumph bertahun-tahun lamanya, tetapi pemasangan tayar bersaiz 200 ke atas tetap merupakan cabaran getir.

Top 10 Motorsikal Custom Terbaik 2013

10. BMW R100RT oleh Bill Costello ( atas ). Bill mencipta nama dengan model custom R50 yang menjadi tumpuan komuniti BMW di Jerman, untuk menjadikan model ini logik kegunaan harian, Bill mengurangkan berat dari 525 lbs kepada 430lbs.

Vilner Ducati Diavel AMG - Antara Kuasa Dan Gaya



Vilner, merupakan syarikat penalaan automotif terkenal dari Bulgaria, dengan reputasi hebat sebagai tuner penambah gaya kenderaan eksotik mahupun biasa. Vilner menyeimbangkan antara gaya elegan dan eksotik di samping prestasi kenderaan lebih mantap yang telah menjadi identiti Vilner tersendiri.


Hasrat seorang pelanggan yang memiliki Ducati Diavel AMG, yang mahukan versi Diavel miliknya adalah satu-satunya paling mahal di dunia adalah cabaran besar bagi kakitangan studio Vilner. Memandangkan Diavel ini telah di tala dengan cukup bagus oleh AMG, hanya usaha keras dengan tanggungjawab yang besar mampu menyempurnakan Ducati Diavel AMG versi Vilver.


Empat bulan tiga minggu, masa yang di ambil untuk kerja mereka bentuk Diavel AMG di muktamadkan sebelum proses ubahsuai di jalankan. Kontras warna hitam Diavel dengan warna putih mutiara di gunakan pada rangka tiub Diavel mengekalkan pandangan yang suram dan garang namun lebih bergaya.


Radiator telah di pasang dengan saluran udara yang baru, potongan tali kulit hitam dan jahitan putih berbeza. memberikan pandangan yang lebih unik daripada bahagian depan Diavel. Bahagian ekor juga di ubahsuai dengn lebih kecil untuk memberikan gaya yang lebih ringan pada belakang Diavel, dengan menambah unsur-unsur putih di sekitar lampu belakang.


Kekal dengan roda AMG yang hebat, dengan tempat duduk sulaman timbul daripada Alcantara dan ekzos sports dari AMG, enjin 1198cc ini menghasilkan bunyi yang telah menjadi trademark Ducati tersendiri. Bagi yang berkemampuan, Vilner membuktikan nilai estetika lebih bernilai dari nilai wang yang di laburkan pada tag kualiti dan sentuhan bergaya.









Source & Image, Credit to : Vilner FB

Radical Ducati Matador Dari Spain Yang BADASS!!!


Ini modifikasi yang terlalu radikal bagi sebuah Ducati Panigale 1198!!! Pepo dan Reyes, dua tuner hebat dari sebuah firma di Madrid, Spain, mempunyai kepakaran hebat dalam binaan custom bike yang mengunakan komponen asas dari Ducati. Bolehlah di ibaratkan mereka seperti Dr Frankenstien untuk motorsikal...


Berasaskan dari model Ducati 1198, keseluruhan binaan Radical Ducati Matador mengunakan komponen perlumbaan terbaik dari sistem suspensi OHLINS, brek Brembo, slipper klac EVR, dengan pengunaan Flywheel yang lebih ringan dan keseluruhan komponen dalaman enjin 1198 yang telah melalui proses port & polish, di bantu dengan sistem ekzos rekaan RADRadical Ducati Matador mampu lebih pantas pada berat hanya 304lbs


Carbon fiber solo tail dan tangki petrol dari RAD melengkapkan lagi gaya Radical Ducati Matador. Pepo dan Reyes seolah telah menunjukkan dari mana asal Ducati Streetfighter 1098 but Radical Ducati Matador is too BADASS...












Source & Image, Credit to : Radical Ducati & asphaltandrubber

Ducati Panigale 1199 Streetfighter Hertrampf - Nakedbike Itali, Gaya German Yang Awesome!!!

Ducati Panigale 1199 Streetfighter Hertrampf - Nakedbike Itali, Gaya German Yang Awesome!!!

Tidak, ini bukanlah model naked serba baru Ducati. Pereka dari Motorrad Hertrampf telah membina Ducati Panigale Streetfighter versi mereka sendiri yang di beri nama S Fighter 1199. Kerjasama dari dealer Ducati German dan Motorrad Hertrampf  melihat kedua model 1199 dan 899 mampu membentuk trend baru dengan gabungan gaya old-school European streetfightering dan reka bentuk Itali.

Ducati Panigale 1199 Streetfighter Hertrampf - Nakedbike Itali, Gaya German Yang Awesome!!!

Pasti menjangkau dari imaginasi anda, samada anda akan jatuh cinta atau jelik dengan apa yang di lakukan Hertrampf terhadap Panigale S yang sudah cukup sedia cantik lagi eksotik ini. Ducati Panigale 1199 Streetfighter Hertrampf telah membuktikan seni kejuruteraan German mampu memberi lebih "Awesome" pada gaya eksotik Itali, mungkin tuner dari Malaysia mampu buat lebih dari yang ini?... Memang boleh pun..

Source & Image, Credit To :  Motorrad Hertrampf & asphaltandrubber