Yamaha Bakal Menaiktaraf YZF-R25 Untuk Tahun 2018

Yamaha Bakal Menaiktaraf YZF-R25 Untuk Tahun 2018? bukan lagi rahsia dengan persaingan sengit dari pesaing sekelas seperti Honda CBR 250RR dan Kawasaki Ninja 250 yang dilihat pantas membuat tindak balas, Yamaha tidak menunggu lama apabila dikhabarkan bakal melancarkan YZF-R25 dengan reka bentuk dan spesifikasi baru lebih hebat.

Yamaha Bakal Menaiktaraf YZF-R25 Untuk Tahun 2018

Menurut sumber R25 baru ini bukanlah berubah secara total kerana masih mengunakan casis yang sama pada model R25 sekarang dan sudah pasti secara automatik dimensi enjin juga tidak berubah tetapi mungkin dengan talaan yang lebih baik untuk kuasa enjin yang lebih maksimum.

Malahan sumber yang sama juga turut menyatakan R25 baru ini sudah pun selesai menjalankan ujian durabiliti ketahanan di Jepun dan juga di Indonesia. Ujian ini amat penting bagi Yamaha apatah lagi R25 di fokuskan untuk pasaran Asia yang mana majoriti penguna motorsikal di sini sememangnya mengunakan motorsikal pada tahap optimum setiap hari.

Mari kita lihat bayangan spesifikasi enjin R25 2018 baru ini, bakal mengunakan profil sistem aci sesondol yang baru, tidak pasti sama ada ianya adalah Variable Valve Actuator (VVA) ataupun Variable Valve Timing (VVT). Nisbah mampatan enjin R25 baru ini dikatakan sekitar 12.5:1! berbanding dengan model sekarang yang hanya 11.6:1.

Yamaha Bakal Menaiktaraf YZF-R25 Untuk Tahun 2018

Tidak cukup dengan itu, enjin R25 baru ini juga dikatakan mampu berputar sehingga 16000 RPM berbanding 15000 RPM sebelum ini, jika benar enjin R25 ini mampu berputar setinggi itu! dengan kuasa kuda setinggi 35.5hp dan kuasa tork setinggi 22.1Nm, sudah pasti Yamaha akan memasukkan sistem Traction Control sebagai alatan standart bagi memantapkan lagi kawalan enjin R25 baru ini.

Bagaimana pula dengan tingkat taraf lain? sistem suspensi juga bakal dinaiktaraf seiring dengan perfoma enjin, suspensi depan bakal mengunakan fork Upside Down 41mm dari Kayaba dengan rekaan lengan ayun belakang baru, saiz rim dan tayar ada sedikit perubahan yang lebih besar. Ketinggian tempat duduk adalah 835mm.

Tidak cukup bahagian enjin, kawalan elektronik dan suspensi, YZF-R25 2018 baru ini juga akan mengunakan design rekabentuk baru R Series seperti model R1, R6, dan R15, mungkin hampir mirip seperti R15 atau R6 baru? Di katakan lampu depan baru lebih nipis dari jenis LED, Ram Air juga di rekabentuk baru, jadi secara keseluruhan profil fairing juga berubah gaya baru. Meter juga bakal mengunakan paparan jenis eletronik sepenuhnya.

Yamaha Bakal Menaiktaraf YZF-R25 Untuk Tahun 2018

Bilakah Yamaha YZF-R25 2018 bakal dilancarkan di Malaysia? ini bakal jadi persoalan rata-rata peminat permotoran tempatan... Tunggu sahaja R25 baru ini dilancarkan samada di Indonesia atau India dahulu, kemudian Thailand dan lain-lain, baru akan masuk Malaysia. Maaf Malaysia bukan negara besar yang mempunyai penguna motorsikal besar sepertimana dua negara itu. Namun yang pasti Yamaha YZF-R25 2018 pasti berwajah baru dengan prestasi lebih hebat....

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon