Yamaha India Lancarkan Yamaha Fazer 25 Harga Bermula Dari RM8,548

Yamaha India Lancarkan Yamaha Fazer 25 Harga Bermula Dari RM8,548 ataupun mengikut harga sebenar di India sekitar 1.28 lakh rupees. Yamaha Fazer 25 mengunakan enjin, casis dan komponen yang sama dengan dari Yamaha FZ25 yang di lancarkan awal tahun 2017 ini.

Yamaha India Lancarkan Yamaha Fazer 25 Harga Bermula Dari RM8,548

Yamaha Fazer 25 di kuasakan enjin empat lejang satu silinder 249cc dua injap sejukan udara... enjin yang terlalu asas tiada SOHC atau DOHC tetapi mengunakan sistem EFI di mana Fazer 25 ini mampu menghasilkan 20hp pada 8,000 rpm dan 20Nm tork pada 6,000 rpm. 

Yamaha India Lancarkan Yamaha Fazer 25 Harga Bermula Dari RM8,548

Kuasa enjin di lepaskan terus melalui kotak gear lima kelajuan, turut di pasang sejukan minyak (oil cooler) yang dipasang untuk meningkatkan ketahanan enjin sebagai bantuan sejukan kepada enjin yang hanya mengunakan sistem sejukan udara. Sistem suspensi Yamaha Fazer 25 2017 mengunakan fork jenis teleskopik 41 mm konvensional di hadapan, manakala di belakang mengunakan sistem suspensi jenis penyerap tunggal. 

Sistem brek adalah dari jenis cakera tunggal untuk depan dan belakang dan ABS adalah alatan standart bagi Fazer 250 yang mana bermula 2019 ABS adalah wajib bagi setiap motorsikal di India. Menurut laporan, sedikit pun tidak berubah dari model FZ25 sebelum ini.

Yamaha Fazer 25 mengunakan lampu jenis LED penuh pada depan dan belakang, manakala lampu isyarat menggunakan mentol jenis tradisional. Berat Fazer 25 ialah 154 kg. Tangki petrol mampu memuatkan 14 liter petrol, dan ketinggian tempat duduk 785mm.

Yamaha India Lancarkan Yamaha Fazer 25 Harga Bermula Dari RM8,548

Modenas Pulsar RS 200 yang dibuat menerusi kerjasama Modenas dan Bajaj of India adalah persaingan rapat untuk Fazer 250. Yamaha Malaysia di jangka akan membawa pada Yamaha Fazer 25 2017, memandangkan tahap spesifikasi, dan permintaan tinggi untuk model 250cc tempatan.

Yamaha India Lancarkan Yamaha Fazer 25 Harga Bermula Dari RM8,548

Yamaha Fazer 25 2017 di datangkan dalam dua warna Soulful Cyan dan Rhythmic Red. Jika benar Yamaha Malaysia bakal bawa masuk Fazer 25 ini, adakah ianya mampu menandingi dari segi harga Modenas Pulsar pada harga RM11,432 dan Naza N5 pada harga RM13,888.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon