Tiga Warna Baru Honda CB500XA ABS 2017, Harga Dari RM35,391

Tiga Warna Baru Honda CB500XA ABS 2017, Harga Dari RM35,391 termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Honda CB500XA menawarkan segala bagi penunggang yang mahukan model kategori touring dengan gabungan elemen dual purpose pada harga yang lebih mampu.

Tiga Warna Baru Honda CB500XA ABS 2017, Harga Dari RM35,391

Honda CB5000XA direka untuk perjalanan dan menunggang setiap hari, cukup selesa bagi yang setiap hari perlu ke destinasi tertentu dengan waktu segara. Di kuasakan enjin empat lejang 471cc, kembar selari, sejukan cecair dan sutikan bahan api  PGM-FI Honda.

Tiga Warna Baru Honda CB500XA ABS 2017, Harga Dari RM35,391

CB500XA mampu menghasilkan kuasa 47hp pada 8,500 rpm dan 43Nm pada 7,000 rpm dengan sistem gear enam kelajuan. Enjin CB500XA mengunakan omboh jenis "crown" sama dengan Honda CBR1000RR, untuk mengurangkan bunyi bising omboh.

Tiga Warna Baru Honda CB500XA ABS 2017, Harga Dari RM35,391

Model CB500XA di datangkan dengan standart sistem ABS dengan brek cakera hidraulik tunggal depan 320mm dan belakang 240mm. Sistem suspensi bahagian hadapan mengunakan fork jenis teleskopik konvensional diameter 41 mm, dan suspensi belakang jenis Prolink monoshock dengan 9 peringkat pelarasan pra-beban. Berat Honda CB500XA sekitar 198 kg, dan ketinggian tempat duduk sekitar 810 mm. 

Tiga Warna Baru Honda CB500XA ABS 2017, Harga Dari RM35,391

CB5000XA dilengkapi lampu depan dan belakang jenis LED, dengan jaminan dua tahun atau 20,000 km yang mana lebih awal. Honda CB500XA akan berada di bilik pameran Honda Impian dari 9 Ogos dengan tiga warna baru Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red, dan Pearl Horizon. Model standard Honda CB500X pula sekitar harga RM31,893.

Tiga Warna Baru Honda CB500XA ABS 2017, Harga Dari RM35,391

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon