Suzuki GSX-150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

Suzuki GSX-150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean yang mula membuat debut pertama di Indonesia kini telah pun memasuki pasaran Vietnam, Filipina dan terbaru Thailand. 

Suzuki GSX 150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

Barisan model GSX-150 terdiri daripada tiga model naked sports GSX-S150, GSX-R150 bagi kategori sportbike dan GSX-S150 untuk kategori Touring.

Suzuki GSX 150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

Ketiga-tiga model Suzuki GSX-150 ini dikuasakan enjin satu silinder empat lejang 147.3 cc DOHC sejukkan cecair, sistem pembakaran mengunakan EFI mampu menghasilkan 19hp pada 10,500 rpm dan 14 Nm tork pada 9,000 rpm dengan sistem transmisi enam gear kelajuan. Unit yang sama digunakan pada enjin Suzuki Belang 150 di Malaysia.

Suzuki GSX 150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

Sistem suspensi GSX-150 mengunakan fork jenis teleskopik di hadapan dengan roda 17 inci di lengkapi dengan tayar bersaiz 90/80 dan brek cakera tunggal, manakala suspensi belakang lengkap dengan sistem monoshock, brek cakera tunggal dan roda 17 inci bersaiz 130/70. 

Suzuki GSX 150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

Tangki bahan bakar mampu memuatkan 11 liter petrol dengan berat keseluruhan GSX-150 sekitar 130kg.

Suzuki GSX 150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

Jangan pandang rendah pada GSX-150, walaupun ianya model kecil tetapi juga dilengkapi dengan teknologi terkini dengan sistem permulaan tanpa kunci, lampu utama mengunakan LED dan fungsi lokasi penggera yang membolehkan mengesan kedudukan motorsikal di parking. Meter jenis digital penuh yang merangkumi penunjuk kedudukan gear.

Suzuki GSX 150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

Di Indonesia Suzuki GSX-150 dijual pada harga 23.9 juta rupiah Indonesia (RM7,642) untuk GSX-S150, manakala GSX-S150 Touring berjumlah 25 juta rupiah (RM7,994) dan 27.9 juta rupiah (RM8,921) untuk GSX-R150. 

Suzuki GSX 150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

GSX-R150 dilengkapi dengan fairing penuh, manakala model Touring didasarkan pada GSX-S150, tetapi dilengkapi dengan pannier, hand guard dan wind screen.

Suzuki GSX 150 2017 Kini Mula Memasuki Pasaran Asean

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon