Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018? seperti yang di nyatakan sebuah laman sesawang Mekanika dengan gambar spyshot yang di perolehi dari sumber dalaman Modenas. Inilah gambaran paling jelas model moped 150cc tempatan dari Modenas yang sangat di tunggu oleh ramai peminat kapcai tempatan. 

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Ini adalah imej paling jelas model dari Modenas 150cc yang bakal di lancarkan. Yang menarik Modenas membangunkan model ini menerusi kepakaran 100 peratus dari jurutera tempatan yang di hantar untuk membuat penyelidikan dan pembangunan di Universiti Graz di Austria.

Sejak perancangan model ini dibuat beberapa tahun lepas, pembangunannya berterusan dengan siri ujian demi ujian untuk memastikan Modenas 150cc benar-benar lasak sebelum di perkenalkan di pasaran.

Seperti yang dinyatakan laman sesawang Mekanika, apa yang menjadikan Modenas 150cc lambat di lancarkan kerana Modenas tidak mahu mengulangi kesilapan sebelum ini dengan hanya mengikut jadual tetapi sebenarnya produksi motosikal belum benar-benar diuji dengan keadaan persekitaran tempatan.

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Mereka bukan sahaja mahu menghasilkan enjin yang benar-benar lasak tetapi juga setiap komponen motosikal ini boleh bertahan untuk jangkamasa panjang.
“Kami telah menukar beberapa peralatan asal dalam lakaran untuk pastikan ianya teruji, malah hari ni pun ujian lapangan masih lagi dibuat. Ia motosikal Modenas paling banyak masa menghabiskan masa di jalanraya,” ujar sumber yang rapat dengan pembuat motosikal Nasional itu.
Logiknya, lihat sahaja motosikal “jenama terkenal” sekarang yang menghadapi banyak isu kualiti. Bukan hanya masalah kualiti semata-mata tetapi poliferasi pengguna yang sudah berubah. Motosikal kapcai kini dipandu dalam jarak yang lebih jauh, infrastruktur lebuhraya kita semakin panjang malah lebuhraya antarabandar juga sudah banyak.
“Profil pengguna sudah berubah, mereka banyak gunakan lebuhraya terbuka yang mana throttle diperah maksimum. Kami perlu pastikan motosikal ini menepati kriteria tersebut, Sepatutnya kami lancarkan 150cc ini lebih awal, tapi proses ujian mengambil masa lebih lama dari yang kami jangkakan. Ia adalah produk 100 peratus tempatan dan kami mahu jadikannya yang terbaik”
Menerusi foto yang diperolehi juga, rekabentuknya supermoped kelihatan ia cukup sporty. Ia merupakan kapcai pertama yang dibina dengan kerangka trellis sepenuhnya.

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Bukan sekadar gimik tetapi konstruksi keseluruhan badan motosikal ini TIDAK menggunakan kerangka berlian (diamond frame) berbeza dari cara kapcai biasa dibuat. Lihat foto yang di zoom in di bawah, kelihatan bahagian enjin di cantumkan terus pada kerangka trellis yang dimaksudkan.

Turut kelihatan ialah brek hadapan dengan cakera beralun (petal disc). Roda belakang juga dilengkapi dengan brek cakera tunggal dan jika anda lihat dengan lebih dekat, kedudukan perehat kaki hadapan dipasang pada kerangka pusat lengan ayun belakang. Bukannya di bahagian bawah enjin sebagaimana kapcai biasa.

Modenas GT150 Bakal Di Pasaran Malaysia Awal 2018?

Modenas 150cc dijangka akan ke pasaran pada awal tahun 2018 dengan tag nama GT150 atau sesuatu seperti itu. Ia belum muktamad tetapi itu adalah nama terdekat yang anda boleh bayangkan setakat hari ini. Modenas akan memperkenalkan satu lagi motosikal sebelum itu iaitu streetbike Dominar 400cc yang di jangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Sumber : Mekanika

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon