BMW G310R 2017 Di Malaysia Berharga RM26,900

BMW G310R 2017 Di Malaysia Berharga RM26,900 secara rasmi di lancarkan di Malaysia, ketika kami pernah review model terbaru BMW G310R ini bakal memasuki pasaran Asian dan Afrika tidak lama dahulu ramai yang memandang sinis... mana mungkin BMW sebagai pengeluar tersohor keluarkan model kapasiti rendah sebegini... kata mereka yang terlajak pakar tu la...

BMW G310R 2017 Di Malaysia Berharga RM26,900

Dan kini akhirnya BMW G310R berjaya di realisasikan dengan rakan kongsi BMW Motorrad di India, TVS dan seperti dijangka G310R adalah percubaan BMW untuk memasuki pasaran Asian dalam segmen pasaran 400cc amnya...mungkin cemburu dengan kejayaan KTM barang kali...

BMW G310R 2017 Di Malaysia Berharga RM26,900

Spesifikasi enjin BMW G310R cukup bagus, dilengkapi dengan enjin empat lejang satu silinder 313cc DOHC empat injap, sejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api EFI, enjin ini mampu menghasilkan kuasa kuda 34hp pada 9,500rpm dan 28Nm tork pada 7,500 rpm dah hasilnya BMW G310R mampu memecut dari keadaan pegun 0-100 km / j hanya 7.85 saat? ya benar... 

BMW G310R 2017 Di Malaysia Berharga RM26,900

Dengan ergonomik lebih selesa, casis tiub keluli (dengan belakang sub-frame bolt-on), suspensi monoshock belakang dan fork USD depan, BMW G310R mampu menjadi model yang sempurna untuk melalui kesesakkan lalu lintas bandar, dengan kemampuan di jalanan yang tidak boleh di pertikaikan lagi dan bergaya mewah, jangan khuatir untuk meredah selekoh di pergunungan.

BMW G310R 2017 Di Malaysia Berharga RM26,900

Seperti yang anda inginkan dari BMW, walaupun ini adalah satu-satunya model dengan enjin paling kecil pernah di hasilkan oleh pengeluar Jerman, BMW G310R yang mempunyai senibina berkualiti yang sangat baik dan berteknologi tinggi, termasuk ABS 2-saluran, instrumen kelompok LCD berteknologi tinggi multi function dan brek cakera depan dengan radial-gunung 4 omboh angkup 300mm.

BMW G310R 2017 Di Malaysia Berharga RM26,900

Roda 17 inci dengan tayar (belakang) 110/70 dan  (depan) 150/60. Berat basah BMW G310R adalah 158kg dengan tangki 11 liter petrol mampu dimuatkan. Laman sesawang BMW Motorrad Malaysia menyatakan tiga pilihan warna di tawarkan di Eropah - Cosmic Black, Strato Blue Metallic dan Pearl White Metallic Motorsport tetapi tidak dinyatakan pula warna rasmi di Malaysia... mungkin sama la kot...

BMW G310R 2017 Di Malaysia Berharga RM26,900

BMW G310R 2017 dengan harga RM26,900 ini cukup bagus ke pelaburan anda?...

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments


EmoticonEmoticon