Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Sudah pasti ramai peminat skuter di Malaysia tidak sabar kemunculan dna terbaru Yamaha ini, secara rasmi akhirnya Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST tetapi harga asas ini tidak termasuk insurans... so mungkin lebih sedikit tetapi tidaklah mahal sangat bro...

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Yamaha NVX 155 2017 di kuasakan enjin empat lejang 155cc dengan sistem suntikan bahan api, mampu menghasilkan kuasa kuda sekuat 14.8hp dan 13.8 Nm tork, lengkap dengan teknologi Blue Core dan VVA, dan ia adalah unit sama pada model NMax yang mengunakan transmisi automatik tali sawat. Enjin NVX 115 ini di tala bagi mendapat pecutan yang lebih tajam dari Nmax, untuk kaki cilok di bandar.. ini mesin terbaik untuk anda...

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Yamaha NVX 155 2017 yang menampilkan gaya menarik skuter moden turut mengunakan skrin LCD digital 5.8 inci. Namun sesuatu yang menarik ada pada NVX 155 adalah sistem kunci pintar yang membolehkan pengguna menghidupkan enjin tanpa perlu memasukkan kunci pada motosikal (tidak pasti radius jarak aktif sistem ini). 

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Enjin ini juga mempunyai sistem Start / Stop automatik yang mempertingkatkan kecekapan bahanapi dan di iktiraf sebagai skuter Yamaha pertama dengan status EEV untuk skuter premium mereka. 

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Di bahagian bawah pemegang motosikal ini terdapat satu ruang simpanan kecil bersama soket pengecas USB untuk peranti elektronik, untuk lebih selamat, sila matikan gajet anda dulu sebelum mengecas, ini bagi mengelakkan berlaku kecuaian ketika di pam minyak. 

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Tangki bahan api mampu memuatkan 4.6 liter petrol dan berat 118 kg (18 kg lebih ringan berbanding NMax 155). Yamaha NVX 115 baru ini mempunyai angka penggunaan bahanapi hanya serendah 2.2 liter/100km!!!

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Yamaha NVX 155 2017 lengkap dengan fork teleskopik di hadapan dan dua penyerap hentak di belakang, ini ciri traditional yang di terapkan pada skuter moden termasuk sistem brek cakera di hadapan dan brek dram di belakang. Lengkap dengan tayar tubeless 110/80 di hadapan dan 140/70 di belakang.

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Bagi pasaran Malaysia Yamaha NVX 155 2017 sama seperti versi di Indonesia lengkap dengan sistem brek ABS pada tayar depannya. Pilihan warna yang diberi pula ada tiga iaitu biru, hitam dan merah matte. 

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Semasa majlis pelancaran NVX 155 ini, HLYM turut mengumumkan bahawa satu siri perlumbaan NVX 155 akan di adakan bersama di baki pusingan perlumbaan Cub Prix 2017 ini, bermula dari pusingan keenam sehingga pusingan kesepuluh. 

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

Pelumbanya terdiri daripada pelumba baru yang di lihat berbakat dan sebanyak sehingga 20 buah NVX 155 di ubahsuai untuk kegunaan perlumbaan ini. Bagi yang mahu melihat skuter Yamaha NVX 115 2017 ini lebih dekat, anda boleh melihat dengan lebih di Malaysian Cubprix Maeps Serdang pada 15 dan 16 Julai 2017 ini.

Yamaha NVX 155 2017 Di Lancarkan Di Malaysia, Harga Asas RM10,500 Dengan GST

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon