Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Di Lancarkan Dengan Harga Asas RM52,000

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Di Lancarkan Dengan Harga Asas RM52,000 termasuk GST oleh Hong Leong Yamaha Malaysia. Model yang berasaskan dari MT-09 ini kini di pasang secara CKD di Malaysia dan harganya lebih murah berbanding model CBU yang berharga RM59,900.. jimat kejap RM7900 kan, kalau masuk insurans semua korang boleh estimated sendiri...

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Di Lancarkan Dengan Harga Asas RM52,000

Yamaha MT-09 Tracer 2017 di kuasakan enjin tiga silinder empat lejang 847cc Crossplane 3, sejukan cecair yang menghasilkan 115hp pada 10,000 rpm dan kuasa tork maksima 87.5 Nm pada 8,500 rpm.

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Di Lancarkan Dengan Harga Asas RM52,000

Enjin MT-09 Tracer 2017 ini menawarkan penjimatan bahan api terbaik dalam kelasnya tetapi paling berkuasa. Kuasa kuda enjin di salurkan melalui kotak gear enam kelajuan. Yamaha MT-09 Tracer lengkap dengan kawalan brek ABS dan sistem traction control, kedua-dua item ini telah menjadi standard untuk mesin 600cc ke atas hari ini. 

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Di Lancarkan Dengan Harga Asas RM52,000

Dengan tangki bahan api mampu memuatkan petrol 18-liter, berat kering MT-09 Tracer ini sekitar 190 kg lebih ringan dari pesaing dalam kelas sport-tourer, turut di lengkapi braket yang boleh memuatkan kotak bagasi.

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Di Lancarkan Dengan Harga Asas RM52,000

Yamaha MT-09 Tracer boleh di anggap pelengkap pada MT-09 dalam variasi model MT termasuk MT-07. Dua pilihan warna tersedia untuk Yamaha MT-09 Tracer 2017 CKD iaitu Yamaha Blue dan Matte Grey.

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Di Lancarkan Dengan Harga Asas RM52,000

Sedikit info Yamaha MT-09 di pasaran pada harga RM44,653, manakala Yamaha MT-07 sekitar RM36,795 termasuk GST, tetapi tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan plat nombor.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon