KTM Bina Kilang Motorsikal Baru Di Filipina

KTM Bina Kilang Motorsikal Baru Di Filipina setelah termeterai perjanjian kerjasama antara Adventure Cycles Philippines Inc dengan KTM AG yang akan membina kilang baru bagi memasang empat model KTM iaitu model nakedbike 200 Duke, 390 Duke serta model sportbike KTM RC 200 dan RC 390, yang akan memenuhi permintaan pengeluaran sebanyak 10,000 buah motosikal setahun untuk pasaran Asean dan China.

KTM Bina Kilang Motorsikal Baru Di Filipina

Di katakan kilang ini lengkap dengan teknologi pemasangan tercanggih dan mampu menghasilkan 6,000 unit dalam tahun pertamanya. Ketua Pegawai Strategi KTM AG, Hubert Trunkenpolz menyatakan bahawa.
Ia kelihatan seperti satu mesej dengan pembukaan kilang terbaru di Laguna dan di Filipina merupakan satu lagi contoh terbaik bagaimana kami membawa jenama KTM ke pelusuk baru dunia dan mendekati penunggang serta pasaran baru, ianya merupakan satu tempoh yang mengujakan untuk perkembangan syarikat kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih pada KTM Asia Motorcycle Manufacturing Inc yang membuka lembaran baru dan ianya penting bagi kami untuk berada di tempat yang betul, terbaik dimana motosikal memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian. Kami amat teruja untuk menyaksikan pembangunan ini.
KTM Bina Kilang Motorsikal Baru Di Filipina

Dino Santos, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi untuk KTM Asia Motorcycle Manufacturing Inc. juga berucap mengenai pembukaan kilang ini dan kesannya pada rakyat dan ekonomi Filipina. 
Pelaburan ini adalah sebahagian daripada kepercayaan kami yang pengilangan perlu menjadi pemacu utama kepesatan negara kami untuk maju ke hadapan. Ia menyediakan pekerjaan, peluang rantaian pembekalan, dan membantu untuk meletakkan negara di mata dunia sebagai pusat untuk inovasi dan industri.
KTM Bina Kilang Motorsikal Baru Di Filipina

Dengan pembukaan kilang ini, jenama KTM akan semakin kukuh dan kini mampu untuk memenuhi permintaan yang besar di rantau ini termasuklah negara China. Agak sedih satu ketika dulu Malaysia dilihat hub automotif terbaik di rantau Asean.. kini negara Asean lain mula mengorak langkah....

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon