Enam Posisi Motorsikal Yang Menyebabkan Kemalangan

Enam Posisi Motorsikal Yang Menyebabkan Kemalangan jalan raya yang di kenal pasti boleh berlaku perlanggaran antara dua buah kenderaan samada kereta atau motorsikal atau lain-lain. Faktor utama penyumbang kemalangan ini adalah kecuaian pemandu kenderaan lain dan juga penunggang motosikal tidak terkecuali.

Enam Posisi Motorsikal Yang Menyebabkan Kemalangan

Penunggang motorsikal perlu mengenalpasti posisi kedudukan yang boleh menyebabkan perlanggaran antara dua buah kenderaan. Anda perlu sentiasa peka kerana di Malaysia sesetengah pemandu kenderaan lain seperti kereta, lori dan sebagainya kadang kala tidak peka dengan kehadiran penunggang motorsikal yang selalu menjadi mangsa kemalangan.

Berikut adalah enam posisi motorsikal yang di kenal pasti boleh menyebabkan berlaku kemalangan seperti yang di dedahkan oleh Institut Memandu Sinar. Jadikan sebagai panduan keselamatan jalan raya bersama.

Enam posisi punca menyebabkan perlanggaran.


1.  Perlanggaran Dengan Kenderaan Di Hadapan.


Penunggang gagal/tidak menggunakan peraturan jarak mengekori dengan betul. Selalunya penunggang mengekori terlalu rapat dan gagal melihat ke hadapan seperti melihat isyarat kenderaan di hadapan dan selain kegagalan pemandu kenderaan lain yang culas memberi isyarat ketika mahu membelok, ini yang selalu berlaku dan penunggang motorsikal menerima impak yang teruk.

Apa yang penunggang motorsikal boleh elakkan adalah mengikut kenderaan di hadapan dengan jarak yang lebih selamat.

2. Perlanggaran Dengan Kenderaan Di Belakang.


Penunggang tidak melihat cermin sisi di sebelah kanan atau kiri. Penunggang juga tidak mengamalkan peraturan jarak jika kenderaan di belakang mengekori terlalu hampir. Malah penunggang juga seringkali lupa tanggungjawab memberi isyarat lampu dalam masa yang mencukupi. Isyarat lampu sepatutnya di beri dalam masa sekurang-kurangnya 5 saat sebelum mengubah haluan.

Enam Posisi Motorsikal Yang Menyebabkan Kemalangan

3. Perlanggaran Ketika Memotong.


i. Penunggang tidak bijak membuat keputusan, seperti perlukah memotong?
ii. Penunggang gagal mengamalkan peraturan memotong. Penunggang juga gagal melihat ke hadapan sekurang-kurangnya 100 meter ke  hadapan atau 12 saat ke hadapan.
iii. Penunggang gagal memeriksa kawasan ‘blind spot’ iaitu dengan menoleh ke kanan.

4. Perlanggaran Ketika Di Potong.


i. Penunggang tidak menunggang ikut kiri jalan. Penunggang gagal mematuhi peraturan/disiplin menggunakan lorong.
ii. Penunggang tidak melihat cermin sisi kiri atau kanan. Dalam situasi ini kadangkala ia juga cuba memotong.
iii. Penunggang tidak bekerjasama. Ada penunggang atau pemandu kenderaan lain yang melajukan kenderaannya apabila ada kenderaan lain cuba memotongnya.

5. Perlanggaran Di Sebelah Tepi/Di Persimpangan Jalan.


i. Penunggang tidak merancang perjalanan dan kurang pasti arah haluannya.
ii. Penunggang gagal memberi isyarat. Bila gagal berkomunikasi dengan pengguna jalan raya yang lain keadaan menjadi kurang selamat.
iii. Tidak menggunakan peraturan di persimpangan jalan.

Enam Posisi Motorsikal Yang Menyebabkan Kemalangan

6. Perlanggaran Dengan Kenderaan  Dari Arah Hadapan.


i. Penunggang gagal melihat di hadapan sekurang-kurangnya dalam jarak 12 saat ke hadapan atau 100 meter ke hadapan.
ii. Penunggang tidak faham peraturan mengelak dari arah hadapan.
iii. Penunggang atau pemandu tidak bertimang rasa/sombong. Terdapat di kalangan pemandu atau penunggang tidak mahu mengalah iaitu bergerak ke kiri semula atau masuk ke lorong sebelah kiri.

Sekiranya penunggang atau pemandu kenderaan lain berhemat dan mengikut segala peraturan jalan raya seperti yang di gariskan dan mempastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain, pasti dapat membantu mengelakkan berlakunya perlanggaran. Sumber : Institut Memandu Sinar

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

2 comments

Semua dalah penunggang yer...sy 2kali kena pemandu tukar lane tetiba dan tak bagi signal....kereta buat u turn...

sory mr anonymous... kami tak mention semua salah penunggang, read carefully " Faktor utama penyumbang kemalangan ini adalah kecuaian pemandu kenderaan lain dan juga penunggang motosikal tidak terkecuali."


EmoticonEmoticon