Kerjasama Modenas Dan Bajaj Auto Bakal Perkenal Pulsar NS200 & RS200 Mei Depan

Kerjasama Modenas Dan Bajaj Auto Bakal Perkenal Pulsar NS200 & RS200 Mei Depan seperti yang telah di sahkan oleh DRB-HICOM Berhad dalam satu kenyataan bahawa Modenas bakal bekerjasama dengan gergasi permotoran dari India iaitu Bajaj Auto Ltd (BAL).

Kerjasama Modenas Dan Bajaj Auto Bakal Perkenal Pulsar NS200 & RS200 Mei Depan

Menurut DRB-HICOM, beberapa model Bajaj turut akan di perkenalkan oleh Modenas secara berperingkat. Ini sangat menarik kerana Modenas akan mendapat manfaat dari pengenalan model rebadge ini dan juga perkongsian teknologi.

Kerjasama Modenas Dan Bajaj Auto Bakal Perkenal Pulsar NS200 & RS200 Mei Depan

Menerusi kerjasama itu, ia akan di mulakan secara berperingkat dengan pemindahan teknologi menerusi pembangunan hab pemasangan khusus di kilang Modenas di Gurun, Kedah dan seterusnya pengedaran dan juga promosi.

Kerjasama Modenas Dan Bajaj Auto Bakal Perkenal Pulsar NS200 & RS200 Mei Depan

Modenas dan BAL juga merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa menggunakan jenama Modenas di pasaran tempatan dan negara ASEAN lain. Sekaligus bersaing dengan gergasi dunia motorsikal lain seperti Yamaha, Honda, Kawasaki dan KTM yang ketika ini cukup agresif dengan pengenalan model baru.

Kerjasama Modenas Dan Bajaj Auto Bakal Perkenal Pulsar NS200 & RS200 Mei Depan

Menerusi manfaat kerjasama Modenas dan Bajaj Auto, Modenas bakal memperkenalkan dua model rebadge iaitu Bajaj Pulsar NS200 dan Bajaj Pulsar RS200. Dua model nakedbike sesaran 200cc yang di jangka mampu menarik minat terutama pada penunggang muda dan di jangka bakal menembusi pasaran tempatan pertengahan Mei hadapan.

Kerjasama Modenas Dan Bajaj Auto Bakal Perkenal Pulsar NS200 & RS200 Mei Depan

Dari info terdekat harga model Bajaj Pulsar NS200 akan di jual sekitar RM9,100 seunit manakala Bajaj Pulsar RS200 pula kira-kira RM10,200 seunit jauh lebih murah berbanding pesaing terdekatnya, KTM 200 Duke  yang di jual pada RM16,000.

Kerjasama Modenas Dan Bajaj Auto Bakal Perkenal Pulsar NS200 & RS200 Mei Depan

Dengan harga sebegitu rendah untuk model 200cc seperi Bajaj Pulsar NS200 dan RS200. Modenas pasti dapat bersaing dengan sengit dan sudah pasti peminat motorsikal Malaysia mengalu alukan perubahan drastrik Modenas.

Spesifikasi Bajaj Pulsar NS200


Enjin : 4-lejang, SOHC, penyejukkan cecair silinder tunggal
Sesaran : 199.5cc
Kuasa Max : 23.5PS @ 9, 500rpm
Tork Max : 18.3Nm @ 8,000rpm
Transmisi : 6-kelajuan
Kapasiti Bahan Api : 12L
Berat : 152kg
Kelajuan Max : 136kmj
Dimensi PxLxT : 2,017mm x 804mm x 1,075mm
Jarak Roda : 1, 363mm
Kelegaan : 167mm
Suspensi : Teleskopik (depan) / Penyerap hentak mono (belakang)
Brek : Cakera 280mm (depan) / Cakera 230mm
Tayar : 100/80-17 (depan) / 130/70-17 (belakang)

Spesifikasi Bajaj Pulsar RS200


Enjin : 4-lejang, SOHC, penyejukkan cecair silinder tunggal
Sesaran : 199.5cc
Kuasa Max : 24.5PS @ 9, 750rpm
Tork Max : 18.6Nm @ 8,000rpm
Transmisi : 6-kelajuan
Kapasiti Bahan Api : 13L
Berat : 165kg
Kelajuan Max : 140.8kmj
Dimensi PxLxT : 1, 999mm x 765mm x 1,114mm
Jarak Roda : 1, 355mm
Kelegaan : 157mm
Suspensi : Teleskopik (depan)/ Penyerap hentak mono (belakang)
Brek : cakera 300mm (depan) / cakera 230mm (belakang)
Tayar : 100/80-17 (depan) / 130/70-17 (belakang)

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

3 comments

bek ambil naza blade atau n5 lgi murah n5 250 dohc single silinder,blade v twin 2 silinder dohc harga pn lbh kurang sama ja.blade hp blade 27.xx n5 28.xx mmg x berbaloi klu bli model ni sekadar info.

YUP...SETUJU TU BRO...BAIK AMBIK NAZA BLADE...SKRG PON MEMANG PAKAI BLADE..650 HAHA... APA PUN TERPULANG PADA HAK INDIVIDU MASING2...KALAU MINAT SILAKAN BELI...TERBAIK MODENAS KRN MENCUBA...GOOD..LUCK..

bagi aku langkah modenas bawak masuk model ni agak bagus lah sebab bajaj ni agak terkenal di India.. motor pun lasak.. InsyAllah ada rezeki nak beli jugak motor ni sbb agak berbaloi dengan kualitinya.


EmoticonEmoticon