Enam Tips Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Menunggang Motorsikal

Enam Tips Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Menunggang Motorsikal | Motorsikal sememangnya sebahagian elemen dalam kehidupan rakyat Malaysia. Faktor keseronokkan, penjimatan kos perbelanjaan dan penyelenggaraan membuatkan motorsikal sentiasa menjadi keutamaan.

Namun realitinya penunggang motorsikal lebih berisiko maut dalam kemalangan berbanding kenderaan lain. Berikut adalah tips yang perlu anda tahu sebelum menunggang motorsikal.

Enam Tips Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Menunggang Motorsikal

1. DAPATKAN LESEN MENUNGGANG

Tidak ada alasan untuk tidak memiliki lesen menunggang yang sah jika ingin menunggang di jalan raya. Setelah anda mengambil kursus teori dan praktikal, mempelajari perkara asas. Anda boleh mengambil ujian untuk melayakkan anda memiliki lesen sah.

Jenis lesen seperti kelas B full untuk motorsikal melebihi 500sp, kelas B1 bagi motorsikal melebihi 500sp, kelas B2 bagi motorsikal tidak melebihi 250sp dan kelas C bagi motorsikal 3 roda.

2. BELAJAR PERATURAN JALAN RAYA

Undang-undang jalan raya untuk motosikal sedikit berbeza dari kenderaan lain. Adalah sangat penting bagi penunggang terutama yang baru belajar, memahami jenis-jenis papan tanda arahan yang memberi maksud tertentu tentang situasi keadaan jalan raya dan arah tuju.

Enam Tips Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Menunggang Motorsikal
3. KURSUS LATIHAN MENUNGGANG

Tidak rugi untuk anda mengambil kursus latihan tambahan. Sama ada mengambil inisiatif dengan belajar sendiri di tempat lapang dengan mereka yang lebih expert atau mengambil kelas riding advance.

Kemahiran yang anda akan belajar akan kekal seumur hidup, mendidik anda menjadi penunggang yang lebih cekap dan berdisplin. Mengenal pasti enam posisi motorsikal penyebab kemalangan adalah contoh displin yang boleh di pelajari dan praktikkan.

4. PILIH MOTORSIKAL YANG SESUAI

Adakah anda mempertimbangkan untuk membeli motorsikal pertama anda? Faktor utama yang perlu anda pertimbangkan sebelum memilih motorsikal adalah jenis motorsikal yang sesuai dengan kemampuan fizikal dan skills anda.

Pastikan kedua kaki anda mampu memijak tanah dan kedua tangan anda selesa memegang bar handle. Selain itu faktor berat dan kuasa sesebuah motorsikal juga memainkan peranan.

5. PAKAIAN KESELAMATAN

Motosikal adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi, dan paling berisiko adalah mereka yang baru belajar menunggang. Melindungi diri anda dengan pakaian keselamatan yang betul seperti topi keledar fullface, adalah cara yang mudah untuk mengurangkan risiko kecederaan yang lebih teruk.

Melalui panduan pemakaian keselamatan untuk penunggang motorsikal, anda akan mengetahui komponen terbaik yang perlu anda pakai ketika menunggang. 

Enam Tips Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Menunggang Motorsikal

6. MULAKAN DENGAN PERLAHAN

Sebagai penunggang baru, anda kemungkinan besar untuk melakukan kesilapan berbahaya. Bertenang, tenangkan diri dan belajar pada kadar yang anda mampu.

Menunggang motosikal adalah satu kemahiran yang di perolehi dengan latihan berterusan. Dan paling penting, anda fahamkan dan praktikkan dengan betul apa yang telah pelajari.

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal

9 comments

Good bro, pilih motorsikal yang paling sesuai dengan pengalaman, budget dan kemahiran.

newbie mcm sya perlukan spec superbike ikut kemampuan @ HP

Saya ingat nk ambik kawasaki ninja250r 2012 selepas sy dapat lesen b full tahun dpn tapi umur sy ketika tu baru 16 tahun..sebenarnya sy dh pandai naik moto ketika umur 13 tahun...semua sy pernah rasa termasuk accident so sy rasa...mungkin akan ada org ckp sy terlalu muda utk superbike tapi sy minat sgt dgn benda nih...boleh beri pandangan tak abg adi??

ninja 250 motor yang bagus untuk permulaan belajar mengendalikan superbike, tak jauh beza prestasi dengan mesin 150cc 2 lejang, yang penting kita bermula dari bawah dulu sebelum meningkat ke cc yang lebih besar lagi.

hiiii...your blog seriously too informative and useful. keep it up. safety equipment Malaysia

This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon