Kawasaki Z1000 2014 Bakal Menggegar di EICMA

Kawasaki akan turut bersaing dalam kategori street-naked dengan melancarkan Kawasaki Z1000 2014 Bakal Menggegar di EICMA di Milan Itali dengan KTM telah melancarkan Super Duke R 1290 telah diperkenalkan awal bulan ini, dan BMW Motorrad bersedia untuk menunjukkan BMW S1000RR yang dalam kategori streetfighter dalam beberapa minggu ini kepada umum,dan berita baru diterima.

Kawasaki Z1000 2014 Bakal Menggegar di EICMA

Khabar angin dari beberapa minggu lepas, ini adalah berita pertama yang mengesahkan tarikh dan model berkenaan dari Kawasaki yang masih belum mengeluarkan butiran spesifikasi pada jolokan Big Green ini. Tetapi sebaliknya menggunakan ungkapan sugomi Jepun " aura yang sengit atau tenaga yang besar dikeluarkan oleh seseorang atau objek yang dirasai oleh yang melihatnya " - gambaran untuk Z1000 baru.


Dengan segmen pasaran streetfighter yang berkuasa 165hp pada model baru, ia akan menjadi menarik jika Kawasaki menerapkan "emotions & feel" pada setiap hasil untuk pembeli mereka. Ada pendapat mengatakan jentera jalanan yang hanya berkuasa 150hp d iibarat seperti jentera bodoh... Tapi hakikatnya penunggang itu sendiri yang kan menentukan cerdik atau bodoh jentera itu sendiri. 

Kawasaki Z1000 baru tidak akan mempunyai angka kuasa kuda yang sama seperti Aprilia TUONO R V4 2014, KTM Super Duke R 2014 atau BMW S1000R 2014, tetapi Kawasaki benar-benar boleh memberi pakej yang kuat pada tag harga lebih bajet, yang mampu memberi lebih nilai kepada penunggang untuk berulang-alik sepanjang minggu dan mengganas di selekoh pada hujung minggu. Z1000 pasti akan membuat anda teruja...

I'm Big Fan Of Motorcycles, komitmen dan minat luarbiasa mengenai dunia motorsikal


EmoticonEmoticon